: : :PELANGI MALAM: : :

Isnin, 23 Disember 2013

Puteri Ayu


Isnin, 23 September 2013

PERANAN KELUARGA DALAM MEMUPUK CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN



Ibu bapa sebagai tunjang institusi keluarga sering disandarkan tanggungjawab berat dalam menjana kepimpinan anak-anak. Jelaskan peranan keluarga dalam memupuk ciri-ciri seorang pemimpin.

1: Memberikan kasih sayang kpd anak-anak

- Meluangkan masa mengawasi gerak-geri anak
- Pemimpin yang berjaya dan berakhlak- hubungan erat dengan individu lain - empati (kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati)

2: Menerapkan didikan agama

- agama tidak harus diabaikan
- Anggapan bahawa agama tidak penting terutamanya dalam arus pemodenan teknologi satelit
- agama berfungsi untuk membentuk mentaliti dan moraliti *

* Mentaliti
~Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
~Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
~Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak.
~Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.

* Moraliti
~Mempunyai disiplin diri yang unggul.
~Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
~Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

3: Menyediakan segala keperluan dan kemudahan

- persekitaran untuk belajar yang sesuai lagi selesa
- Bersedia untuk belajar daripada sesiapa dan rendah diri - buang yang keruh, ambil yang jernih
- Hubungan pasangan suami isteri/ ibu bapa atau antara adik-beradik yang erat dan harmonis memastikan perkembangan rohani dan jasmani yang seimbang

4: Menjadi contoh teladan yang baik
- Bukan sahaja mengajar/menerapkan nilai-nilai murni dalam minda anak-anak, tetapi juga perlu mempraktikkan dalam kehidupan seharian.
- Minat membaca adalah amat penting – membaca jambatan ilmu- pemimpin yang berkaliber dan berwibawa mesti mempunyai ilmu dan teknik untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi.
- Seseorang pemimpin pandai membahagikan serta menggunakan masa sepenuhnya - bertindak bersesuaian dengan situasi

5: Hukuman dan galakan yang bersesuaian dan bertepatan adalah perlu dalam membentuk disiplin dalam diri anak-anak
- Jika kita tinjau daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang telah melakukan kesalahan - tiada harimau membaham anaknya - sayangkan anak tangan-tangankan.
- Oleh itu, ahli-ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlu tegas dalam mendisiplinkan anak-anak

TEKNIK RUMUSAN




PERATURAN MERUMUS

i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan
ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti
iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp
iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 - 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah kata
v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan perkataan lain / tukarkan penanda wacana
vi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan

CONTOH PENDAHULUAN

1. Menulis frasa pendahuluan
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan...

2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim
CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu rumah...

3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan ...
CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera pembantu rumah mereka di negara ini.


CONTOH ISI TERSURAT

I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahan soalan / tugasan pertama.
II, Jika arahan soalan ialah faktor..... isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.
III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal
IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.

CONTOH ISI TERSIRAT

I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua dalam arahan soalan
II. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua.... kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah.
Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan

CONTOH PENUTUP

I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan
II. Unsur pertama - menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu..... dengan ditandakan dengan kata... mestilah/ haruslah / hendaklah.
III. Unsur kedua - menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata ... agar / supaya

Contoh :
Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi.

FORMULA: 4 PERENGGAN ( PSTK )

Petikan membincangkan ( Sinonim kata kunci )........................

Antara ( Kata tugasan S ) ialah/ adalah......... S1................... ( dan )......... S2 ................ . Selain itu, ……… S3………… serta ……… S4………… Di samping itu, ……………….. S5…………. dan ………… S6……………………

Antara ( kata tugasan T ) ialah/ adalah………………T1………………................. (dan)……………............. T2 ................................................

Kesimpulannya, pihak ... mestilah/ haruslah .... supaya/ agar ...( 120 patah kata )


CONTOH JAWAPAN RUMUSAN
Soalan: Punca kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran KOMSAS dan langkah mengatasinya

Petikan membincangkan sebab-sebab/ faktor-faktor kekaburan pelajar terhadap mata pelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) di negara kita.

Antara puncanya ialah sesetengah guru yang mengajar KOMSAS dalam Bahasa Melayu masih kabur dengan kaedah pengajaran mereka dan sesi ceramah yang diadakan dengan tujuan untuk memudahkan tugas guru tidak menepati kehendak para guru. Selain itu, masa yang diperuntukkan tidak mencukupi serta guru sastera mengajar komsas melebihi sukatan. Di samping itu, banyak pelajar yang kurang berminat membaca dan sesetengah guru mengambil sikap sambalewa dalam hal ini.

Antara langkahnya ialah para guru Bahasa Melayu perlu diberi ceramah oleh penceramah yang pakar dalam bidang Komsas dan guru-guru tidak seharusnya menganggap pangajaran KOMSAS sebagai satu beban.

Kesimpulannya, guru perlu lebih kreatif dalam pengajaran KOMSAS agar para pelajar tertarik dengan pengajaran tersebut.

PENANDAAN SOALAN RUMUSAN




Garis Panduan Sebelum Mula Menanda.

1. Kira jumlah perkataan yang ditulis oleh pelajar. Jika melebihi 120 patah perkataan, letakkan tanda ( // ) pada perkataan ke 120. Jika ayat terakhir berakhir pada jumlah perkataan melebihi 120, maka seluruh ayat tidak dikira sebagai satu isi.

2. Cara mengira jumlah perkataan :
* Kata nama khas/ peribahasa/ kata-kata hikmat/ kata sendi nama/ imbuhan - 1 perkataan
* Kata nama am/ penanda wacana - ikut bilangan perkataan
Contoh : Di samping itu : 2 patah perkataan
Begitu juga halnya dengan : 4 patah perkataan

3. Jika pelajar menulis rumusan dalam bentuk penomboran, markah bahasa diberi 50 % daripada markah yang sepatutnya pelajar dapat.

4. Jika pelajar menyalin seluruh petikan, pastikan penyalinan semula itu 100% serupa dengan petikan yang tertera pada kertas soalan termasuk tanda baca 
( titik, koma ).Jika tidak disalin 100%, maka tanda setakat isi yang betul sahaja dalam lingkungan 120 patah perkataan.

5. Sediakan skema lengkap untuk pengenalan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan

6. Sediakan ruang untuk mencatat markah
Contoh :
 
CONTOH SKRIP JAWAPAN PELAJAR









Jawaban pelajar setakat baris ini sahaja.
P –
S –
T –
K –
---------------
I
B
--------------
J
--------------
P=
S1
S2
S3
S4
S5
S6
S7
S8
S
T
T
K
__________
P- pengenalan, S = Isi tersurat, T= Isi tersirat, K= Kesimpulan
I = Isi ( P + S + T + K )
B = Bahasa ( Biasanya separuh daripada markah isi

Arahan :
1. Baca ayat pelajar dengan teliti.
2. Jika pengenalan pelajar tepat, tandakan pada hujung ayat.
Contoh :

Pengenalan membincangkan sebab pelajar ponteng sekolah. / P 2
( Maksud : Pengenalan betul - 2 markah )

3. Jika isi pelajar tepat, tandakan pada hujung ayat :
Contoh :

Pelajar ponteng sekolah kerana dipengaruhi rakan sebaya. / S1- 2
Maksud isi tersurat nombor 2 (S2) tepat.

4. Pindahkan markah ke ruang yang disediakan ( seperti catatan nombor 6 di atas )
CONTOH SKRIP JAWAPAN PELAJAR
5. Akhir, jumlahkan semua markah isi
Contoh P = 2
S = 10
T = 4
K = 2
--------
I = 18
B = 7/8/9
--------
J= 25/ 26/ 27


NOTA PANDUAN :

1. Pengenalan ditulis dalam bentuk tema / menukar kata kunci atau arahan soalan.
2. Isi tersurat : Hanya isi dalam petikan diterima
3. Isi tersirat : Tiada mana-mana bahan petikan boleh diterima. Cipta pendapat baru
4. Kesimpulan : Mengandungi pihak, cadangan dan justifikasi cadangan


Ahad, 7 April 2013

ADAB- ADAB MENUNTUT ILMU.


Bagi seorang pelajar atau murid haruslah menepati beberapa syarat untuk menuntut ilmu agar ilmu yang dicari akan memberi manfaat kepadanya di dunia mahupun di akhirat. Di antara adab-adab yang perlu dimiliki oleh seorang penuntut ialah seperti berikut:

- Niat yang ikhlas kepada Allah swt .
 Yakni mencari ilmu kerana ia merupakan satu kefardhuan daripada Allah.  Mencari ilmu bukan bertujuan untuk mendapat habuan dunia semata-mata atau untuk berdebat dengan orang   jahil. Barang siapa yang mencari ilmu dengan tujuan selain daripada kerana Allah swt maka telah siap untuknya   neraka Allah swt.

- Tekun dan bertawakkal hanya kepada Allah swt.
 Sesungguhnya Allah swt sangat suka kepada orang yang melakukan sesuatu pekerjaan lalu ia tekun mengerjakannya. kita hendaklah bertawakkal hanya kepada Allah  swt. sahaja dalam segenap hal, lebih-lebih lagi dalam masalah menuntut ilmu . Ini kerana kita sebagai hamba  hanya mampu berusaha tetapi Allahlah yang menentukan segalanya.

- Menjauhi segala maksiat.
 Maksiat adalah satu punca daripada punca-punca seseorang pelajar itu susah untuk  menerima, memahami dan mengamalkan sesuatu ilmu. Seorang pelajar perlulah berusaha semampu yang boleh  untuk mengelakkan dirinya daripada sebarang maksiat. Sekiranya ia melakukan maksiat secara tidak sedar  maka segeralah bertaubat kepada Allah swt. Orang yang sempurna bukan orang yang tidak pernah melakukan   maksiat tetapi orang yang sempurna ialah orang yang apabila ia melakukan maksiat ia terus bertaubat kepada  Allah swt dengan segera.

- Memilih kawan yang soleh.
 Kawan memainkan peranan penting bagi orang yang hendak menuntut ilmu. Kita akan senang terpengaruh dengan akhlak kawan, sekiranya kita memilih kawan yang soleh mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang soleh juga.

- Banyakkan zikir atau mengingati Allah swt. 
Kita tidak akan melakukan sesuatu maksiat di saat kita mengingati Allah swt. Zikir juga akan memberi ketenangan kepada jiwa kita. Apabila jiwa kita tenang maka segalah masalah akan dapat diselesaikan dengan baik.

- Menghormati diri sendiri dan orang lain.
 Ramai orang yang boleh menghormati orang lain tetapi tidak ramai orang yang mampu menghormati diri sendiri seperti tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan badan,roh dan akal.

- Doa daripada ibu bapa.
 Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang pelajar. Doa yang tidak akan ditolak oleh Allah swt ada tiga golongan iaitu doa orang yang dizalimi,doa ibubapa dan doa orang musafir.

- Menghormati guru. 
Seorang pelajar wajib menghormati gurunya untuk mendapat keberkatan dalam hidupnya. Gurulah yang berkorban untuk menjadikan kita seorang yang berilmu pengetahuan sehingga dapat memasuki menara gading dan mendapatkan pekerjaan yang baik.

- Beramal dengan ilmu yang dipelajari. 
Allah amat murka kepada mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon yang tidak berbuah.

5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN





1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA
 

         Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.
Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana.
 

2. REDHA
 

        Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.
Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya.
 

3. INGAT JANJI ALLAH
 

       Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.
 

       Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri. 

4. PASTI ADA HIKMAH

       Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.
Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.


       Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.
 

5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA

       Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.


       Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)


       Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu. Amin