: : :PELANGI MALAM: : :

Rabu, 27 Mei 2009

Renungan bersama

***********************************************
ORANG yang berjaya biasanya orang yang mengutamakan disiplin. Sama ada pemimpin, usahawan dan pelajar semuanya memerlukan disiplin diri untuk berjaya. Tanpa disiplin diri, cita-cita atau wawasan sehebat manapun akan gagal. Dunia hari ini melihat kepada kejayaan dan asas kejayaan itu ialah diri yang kuat.Bak kata pepatah: `Melentur buluh biar daripada rebung'.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Masa dan waktu yang berlalu itu tidak akan kembali dan tidak akan dapat ditukar ganti lagi. Menurut kata para bijak pandai bahawa walaupun setiap hari kita menerima kedatangan fajar baru setiap subuh, tetapi sebenarnya fajar itu memberitahu kepada manusia, bahawa setiap hari ia adalah fajar yang berbeza. Fajar hari yang lalu itu tetap telah pergi dan tidak akan kembali lagi, oleh itu manusia haruslah memanfaatkan kedatangan fajar setiap hari dengan sebaik-baiknya.
**********************************************