: : :PELANGI MALAM: : :

Ahad, 7 Jun 2009

MENJAWAB SOALAN NOVEL



o Soalan 4.

o 15 markah diperuntukkan. Gabungan markah ialah 8 dan 7 atau gabungan lain yang seimbang.
o Soalan ini wajib dijawab.
o Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada 8 novel berikut:
o Terminal Tiga karya Othman Puteh
o Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
o Di Hadapan Pulau kerya A. Samad Said
o Bukit Kepong karya Ismail Johari
o Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
o Seteguh Karang kerya Tuan Faridah Syed Abdullah
o Julia karya Abu Hassan Morad
o Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

o 2 soalan akan dikemukakan.
o Soalan pemahaman terhadap kandungan novel menyoal berasaskan kata tanya berikut:
o Apa...
o Siapa...
o Di mana...
o Mengapa/Kenapa...
o Bagaimana...
o Terdapat juga soalan yang mengemukakan satu pernyataan terlebih dahulu dan diikuti oleh soalan yang bermula dengan arahan berikut:
o Jelaskan...
o Terangkan...
o Huraikan secara ringkas...
o Gambarkan ...

o Aspek kesusasteraan yang bakal disoal meliputi:
o Tema dan persoalan
o Watak dan perwatakan (Dinamik, statik dsb)
o Plot
o Latar (Tempat, masa dan masyarakat)
o Gaya bahasa
o Sudut pandangan
o Nilai dan pengajaran.

Pendekatan menjawab soalan

o Memandangkan tiada petikan diberi seperti soalan KOMSAS lain, anda perlu menjawab berdasarkan bacaan dan ingatan anda terhadap teks novel yang telah dipelajari.
o Pilih satu novel sahaja.
o JANGAN mencampuradukkan jawapan anda seperti soalan 1 dijawab berdasarkan satu novel manakala soalan kedua berdasarkan novel yang lain.
o Fahami apa yang terkandung dalam teks novel yang dipilih terutama mengikut aspek struktur kesusasteraan yang telah disenaraikan di atas.
o Baca soalan dan garis kata kunci soalan.
o Jangan terkeliru dengan pernyataan awal soalan. Ia mungkin menggambarkan apa yang dikehendaki atau mungkin sebaliknya.
o Pastikan manakah aspek struktur kesusasteraan yang dikehendaki.
o Padankan apa yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.
o Contohnya:
o Jika soalan berkehendakkan anda menghurai 4 pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda pelajari, setiap pengajaran diberi 1 markah manakala huraian dan contoh diberi 1 markah lagi menjadikan semuanya 8 markah.
o Tulis menggunakan ayat yang sempurna dari segi struktur ayat dan tanda baca yang digunakan.
o Gunakan bahasa yang standard, bukannya yang dipengaruhi kata pinjaman atau loghat tempatan.
o Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.
o Dicadangkan anda menggaris setiap isi yang dikemukakan dengan pensel.
o Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 20 minit untuk menjawab kedua-dua soalan dalam bahagian ini.