: : :PELANGI MALAM: : :

Khamis, 27 Ogos 2009

H1N1 Selsema Babi - Berubat dengan Doa


Semakin hari semakin ramai yang menjadi korban bala' selsema babi (H1N1). Subhanallah. Semoga Allah melindungi kita,keluarga, sahabat dan seluruh warga Malaysia dari bala' ini.
Agama Islam mengajar dan memimpin untuk untuk berlindung dengan usaha penawar melalui ilmu kedoktoran dan bertawakkal dengan ibadah. Nabi Muhammad mengajar kita dengan beberapa zikir sebagai pendinding dari bahaya penyakit. Semoga dengan bertawassul atau berusaha melalui ibadah zikir ini membantu kita menghindari dari bala' ini.

Maksudnya "Dengan nama Allah yang tidak memberikan mudharat sesuatu dibumi dan dilangit, Dia yang maha mendengar lagi maha mengetahui."

Disamping itu, perbanyakkan solat hajat agar Allah menyelamatkan kita dari azab bala' ini. Pesanan untuk diri sendiri jua. Apabila terbatuk sahaja, mula sudah risau. Cubaan.............