Lorong Kehidupan
Gugurkan mimpi ini
dari peterana kehidupan;
daerah ini pengap dengan khayalan
hapuskan fatamorgana yang bertubir
di jazirah fikir,
demi merangkul titik realis yang berterabur
uraikan keraguan yang bergumpal
di kekisi atma;
demi menggapai bedar keyakinan
buat mendayung di alam samudera.
Oh, hapuskan suara khayalan itu
yang sentiasa memburu
kehidupan yang utuh.
Bangkitkan nyali kekuatan
yang terperosok dalam diri
hembuskan dupa maruah
bersemarak di udara
menemani atma yang kusam.
Sudah lurus lorong kehidupan ini
pilihlah yang mana satu,
ke taman luka atau ke duri bahagia?
P/s : Disiarkan dalam Berita Harian, 18 Julai 2009
dari peterana kehidupan;
daerah ini pengap dengan khayalan
hapuskan fatamorgana yang bertubir
di jazirah fikir,
demi merangkul titik realis yang berterabur
uraikan keraguan yang bergumpal
di kekisi atma;
demi menggapai bedar keyakinan
buat mendayung di alam samudera.
Oh, hapuskan suara khayalan itu
yang sentiasa memburu
kehidupan yang utuh.
Bangkitkan nyali kekuatan
yang terperosok dalam diri
hembuskan dupa maruah
bersemarak di udara
menemani atma yang kusam.
Sudah lurus lorong kehidupan ini
pilihlah yang mana satu,
ke taman luka atau ke duri bahagia?
P/s : Disiarkan dalam Berita Harian, 18 Julai 2009