: : :PELANGI MALAM: : :

Ahad, 9 Ogos 2009

BENDERA KEBANGSAAN


I. Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi
II.Bendera ini mengandungi 14 jalur merah dan putih yang melambangkan gabungan negeri di Malaysia
III. Warna biru melambangkan perpaduan rakyat
IV. Warna kuning melambangkan kedaulatan raja-raja
V.Bintang berpecah 14 melambangkan gabungan 14 buah negeri
VI.Warna putih melambangkan kesucian
VII.Warna merah melambangkan keberanian
VIII.berfungsi membangkitkan semangat perjuangan

Berkibar selepas bendera Union Jack diturunkan.Pada 1949, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Perundangan persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk mereka bentuk bendera. Seramai 373 orang pereka telah mengambil bahagian.Majlis Perundangan Persekutuan & akhbar The Malay Mail telah menjemput orang ramai memberikan pendapat tentang tentang reka bentuk tersebut.


Rekabentuk Ciptaan En. Mohd Hamzah telah terpilih. Beberapa pindaan telah dibuat ke atas bendera tersebut sebelum diluluskan oleh oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 19 April 1950. Pada 19 mei 1950, King George Vi telah memperkenankan reka bentuk bendera Prsekutuan Tanah Melayu yang baru. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar buat kali pertama pada 26 mei 1950 di perkaranga istana Sultan Selangor, dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI. turut dikenali sebagai Jalur Gemilang.


Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.


Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957