: : :PELANGI MALAM: : :

Rabu, 12 Ogos 2009

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SEBELUM DILANTIK MENJADI RASUL


Kelebihan atau keistimewaan keturunan Rasulullah.
•Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal
contoh Qusai bin Kilab dan Abd.Mutalib menjadi peneraju
kepimpinan Makkah sejak zaman jahiliah
•Keturunan nabi sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang nabi
•Qusai ialah pemimpin Arab Quraish yang mentadbir Makkah 100 ahun sebelum kelahiran Nabi
•Keluarga Nabi Menguasai Makkah , Kaabah dan telaga zamzam
•Keluarga nabi bijak dalam pentadbiran Makkah dan mahir dalam
perniagaan.
•Datuk nabi iaitu Abdul Muttalib pernah menerajui kepimpinan Makkah. Pada zaman jahiliah
•Keturunan nabi dihormati oleh kabilah Arab lain

Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
•Nama penuh Muhammad bin Abdullah (bermaksud terpuji)
•Bapa baginda Abdullah bin Abd. Muttalib
•Ibunya Aminah binti Wahab
•Baginda dilahirkan pada 20 April tahun 570 M bersamaan 12 Rabiulawal tahun Gajah.
•Bapa baginda meninggal dunia sewaktu dalam kandungan ibunya.
•Diserahkan di bawah jagaan dan susuan Halimatus Sa’adiyah.
•Sewaktu berusia 6 tahun ibunya meninggal dunia.
•Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib
•Setelah datuknya meninggal dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib
•Baginda pernah mengembala kambing bapa saudara
•Usia 12 tahun mengikuti rombongan perniagaan ke Syam.
•Kerasulan baginda diramalkan oleh pendeta nasrani Buhaira.
•Menjalani perniagaan Khadijah binti Khuwalid

Sifat-sifat luhur dan terpuji Rasulullah:
•Baginda Memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana)
•Baginda digelar al amin iaitu orang yang boleh dipercayai dan tidak pernah berbohong.
•Terkenal sebagai seorang yang amanah - mendapat kepercayaan Khadijah bt Khualid – serahkan modal besar untuk diperniagakan.
•Seorang tokoh pemimpin unggul dan berwibawa – contohnya dalam usia 35 tahun menyelesaikan sengketa antara kabilah Quraisy.
•Sebagai ketua keluarga yang menjadi idola manusia –ctnya sering membantu isteri memasak dan menampal pakaian dan bersihkan rumah
•Mengamalkan cara hidup sederhana
•Sentiasa merendah diri – ctnya dalam pergaualan tidak pandang kedudukan
•Penyayang – sayangkan orang tua dan kanak-kanak.
•Bersifat pemaaf – cthnya waktu pembukaan kota Mekah 630m- orang arab yang serah diri diampun dan dibebaskan.
•Seorang yang bijaksana dan mampu menyelesai masalah-cthnya dalam perjanjian Hudaibiyah 628m.Kandungan perjanjian berpihak kepada Quraisy tetapi baginda terima sebagai hikmah untuk sebarkan Islam.
•Kuat beribadat dan sentiasa abdi diri kepada Allah - contohnya mengasingkan diri di gua Hirak.

Kerasulan dan penerimaan wahyu

•Menerima wahyu sebagai nabi akhir zaman dalam usia 40 tahun. Tarikh menerima wahyu pada 6 ogos 610m bersamaan 17 ramadan.
•Menerima wahyu melalui malaikat Jibril.
•Wahyu pertama ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah orang Islam membaca
•Isi kandung wahyu pertama menggalakkan umat Islam menuntut ilmu
•Wahyu kedua al-Muddasir , ayat 1-7 menandakan pengistiharan Nabi Muhammad saw- sebagai pesuruh Allah.
•Perlantikan Nabi sebagai rasul adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam sejagat.
•Baginda menyampaikan wahyu Allah kepada umatnya secara bijaksana dan terancang.
•Baginda berusaha membetulkan akidah masyarakat jahiliah .
•Ajarannya menggesa umat meninggalkan amalan keji seperti membunuh, menindas dan mencuri.