: : :PELANGI MALAM: : :

Ahad, 16 Ogos 2009

MASYARAKAT ISLAM DI EROPAH


Pengenalan
Masyarakat Islam Sepanyol (Andalus) mewakili masyarakat Islam Eropah kerana di situlah terdapatnya Masyarakat Islam di benua Eropah. Terdapat pelbagai kaum di sini seperti Barbar, Arab, Muwalladun dan Mozarab. Selain masyarakat Islam Sepanyol, masyarakat Islam Sicily juga penting peranannya di benua Eropah.

Kaum di Masyarakat Islam Sepanyol
Barbar
•Kebanyakan beragama Islam dan bukan kaum berpindah-randah
•Majoritinya tinggal di desa bekerja sebagai buruh dan petani
•Hanya sedikit yang tinggal di bandar bekerja sebagai tukang tangan
•Nenek moyang mereka merupakan pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol
•Mereka datang ke Sepanyol kerana mencari penghidupan baru
•Mereka bergabung dengan orang Arab bagi menghadapi penentangan orang Kristian
Arab
•Bilangannya kecil tetapi berpengaruh kerana merupakan golongan pemerintah
•Pengaruhnya tersebar dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban
•Memiliki ladang-ladang besar dengan hasil yang lumayan
•Pada mulanya, kaum Mawali bertuankan Arab
•Selepas itu, puak Mawali telah berasimilasi dengan orang Arab dan bersemangat Arab

Muwalladun
•Kaum Muslimin dari keturunan bangsa Sepanyol
•Lebih ramai daripada kaum Arab
•Dengan perkahwinan dengan kaum Arab, permisahan antara mereka lama makin lenyap sehingga ada yang mengaku keturunan Arab
•Faktor mendorong bangsa Sepanyol memeluk Islam ialah perasaan bangga terhadap agama baru yang dianuti

Mozarab
•Orang Kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam
•Tinggal di luar bandar dan bandar
•Bertutur mengikut loghat Rom
•Bagi yang terpelajar: boleh menulis dan bertutur Bahasa Arab dengan baik
•Ada di antara mereka sangat terpesona dengan kebudayaan Islam manakala ada yang begitu fanatik terhadap bangsa dan agama mereka
•Bagi golongan yang bergitu fanatik terhadap bangsanya, mereka menyokong gerakan yang dilancarkan oleh Ibn Hafsun yang dikatakan beragama Islam dan cuba memperjuangkan kepentingan bangsa Sepanyol. Ada juga yang berhijrah ke negeri Kristian di Utara Sepanyol.

Yahudi dan Hamba
•Puak Yahudi tidak ramai - mempunyai sumbangan dalam bidang intelektual
•Hamba terdiri daripada dua iaitu puak Negro dan puak Saqalibah (Slav) termasuk puak Frank dan Utara Sepanyol
•Puak Saqalibah sangat berpengaruh dan bilangannya ramai - berkhidmat di istana dan menjadi tentera upahan - menjad berpengaruh dalam politik selepas memeluk Islam

Perkembangan Masyarakat Islam di Sepanyol
•Pemerintahan Muluk al-Tawa'if (raja-raja puak) terbahagi kepada 3 puak besar - Barbar, Saqalibah dan lain-lain (bangsa Arab dan Sepanyol)
•Setiap puak mementingkan kepentingan sendiri sahaja
•Mereka mengamalkan dasar agresif yang mengorbankan jiran tetangga
•Matlamat mereka: mencapai kemenangan walaupun dibantu oleh puak Kristian
•Perpecahan ini memberi peluang kepada orang Kristian di Utara untuk mengukuhkan kedudukan mereka
•Kini, Kerajaan Muluk al-Tawa'if yang membayar ufti kepada orang Kristian
•Semasa Alfonso IV, baginda menerima ufti dari pemimpin Muluk al-Tawa'if seperti Seville.
•1085 M, Toledo jatuh ke tangan Alfonso IV - kemudian menjadi tapak kuat tentera Kristian bagi melancarkan gerakan Reconquista, penawanan semula Sepanyol oleh orang Kristian

Kaum di Masyarakat Islam Sicily
Arab
Golongan elit - mereka menganggap golongan lain sebagai masyarakat kelas kedua

Barbar
•Kaum majoriti - berasal dari keturunan Barbar yang tinggal di Afrika Utara
•Sering diperalatkan oleh Kaum Arab
•Kebanyakan menganut Mazhab Maliki

Penduduk Tempatan
Menyamai golongan Muwalladun di Sepanyol

Perkembangan Masyarakat Islam di Sicily
•Semasa zaman Fatimiyah, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val di Mazara manakala orang Kristian tertumpu ke kawasan Val Demone
•Semasa zaman pemerintahan Bani Kalb, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val Demone yang majoriti penduduknya beragama Kristian
•Pihak pemerintah Bani Kalb cuba menyebarkan agama Islam di Val Demone tetapi kurang berjaya
•Penduduk Islam pada zaman Bani Kalb semakin bertambah dengan penghijrahan penduduk Islam dari Afrika Utara
•Sebab penghijrhan: kedudukan ekonomi, wabak penyakit pada tahun 1004-1005 M yang merebak di Tunisia (Ifriqiya)
•Pada zaman Bani Kalb, pengaruh Mazhab Sunni lebih menonjol - banyak kitab teologi mazhab Sunni dihasilkan
•Bagi pemerintah Bani Kalb, mereka dikatakan menganut Mazhab Syi'ah