: : :PELANGI MALAM: : :

Ahad, 16 Ogos 2009

MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA


Pengenalan
Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan mereka diselaputi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat meninggalkan amalan awal mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang membawa unsur Hindu-Buddha.

Masyarakat Islam di Melaka
•Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya.
•Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan penting dalam politik, ekonomi dan sosial.
•Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca.

Pengelasan Masyarakat
•Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.
•Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada.
•Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada kekuatan rohaniyah dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.
•Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.
•Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.

Hukuman
•Setiap golongn itu adalah berbeza.
•Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.
•Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka.

Demografi Penduduk
•Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan.
•Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan.
•Rakyat - kaki bukit.
•Orang laut - tepi pantai atau sungai.

Sistem Masyarakat
•Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung.
•Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga terlepas dari hukuman.
•Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan pembesar didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik, tuanku oleh pembesar dan rakyat.
•Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.
•Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undang-undang tanpa banyak budi bicara.
•Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti hukuman bunuh.
•Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya, semakin besar peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.

Adat-istiadat dan Peraturan
•Bercanggah dengan ajaran Islam.
•Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan bukannya keturunan.
•Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, hukuman rejam kerana berzina, potong tangan kerana mencuri.
•Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan sebagainya.

Masyarakat Islam di Filipina
•Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro.
•Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim al Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja Baguinda mangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao) pada 1460 M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja.
•1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato - bermulanya sejarah kesultanan Islam di Filipina.
•Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan.
•Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini runtuh.
•Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat.
•Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas Mindanao. Sejak itu, peperangan sering berlaku antara orang Islam dan Sepanyol.

Masyarakat Islam di Pattani
•Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M.
•Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam.
•1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam tersebar luas.
•Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla - namanya diambil daripada nama Pak Tani.
•Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.

Masyarakat Islam di Jawa
•Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan.
•Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang-pedagang - mereka berasimilasi dengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan.
•Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim.
•Beliau datang ke Jawa pada 1416 M.
•Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan.
•Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan.
•Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam.
•Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya.