: : :PELANGI MALAM: : :

Ahad, 31 Mei 2009

Kata-kata Pujangga

"Seribu bahasa kita bicara, manakan sama bahasa bonda".
Puisi Bahasa Bonda oleh Sasterawan Negara, Usman Awang
"Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu."
-Alizarima Ali-Pelita Bahasa Februari 2009

"Patutlah bahasa Melayu dilayakkan dari selangkah ke selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula”
-PENDETA ZA`BA'

"Di mana ada ruang di situ ada peluang"
-Pengacara TV

"Jangan terlalu cepat membuang pelita kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir."
-Y.A.M Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak

"Orang yang tidak tahu mengucapkan kata-kata semudah ‘maaf’ dan ‘terima kasih’ tidak layak untuk dipertaruhkan harapan kita untuk masa depan."
– Datuk Johan Jaafar

"Memaafkan musuh lebih baik daripada menyimpan dendam yang akhirnya memakan diri"
-Cikgu Fadiah, SMK (P) Jln Ipoh, KL

"Tidak ada perkara yang terbaik kita lakukan di dunia ini melainkan kita sentiasa bersedia untuk menolong dan membantu orang lain." -Cikgu Agy

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]



<< Laman utama