: : :PELANGI MALAM: : :

Rabu, 26 Ogos 2009

Al-Quran


Al-Quran…
Aku mula mengenali mu,
Ketika mencari jln menuju Tuhan,
Engkau lah penenang jiwa ku,
Dikala diri dalam keresahan.

Ketika dibangku sekolah,
Aku tidak mengenal apa itu tarbiyyah,
Dakwah pula utk para ustaz ustazah.
Tapi aku mencari jln menuju Tuhan.

Alunan rap hip hop menyeronokkan
Tapi kenapa masih lagi tiada ketenangan?
Lantas perhatian beralih kepada Al-Quran
Alunan bacaan yang memukau insan

Al-Quran…
Mengapa ratusan buku telah ku baca
Buku-buku tebal ku telaah ku fahami
Tapi diri mu, Al Quran, tidak sepenuhnya ku kenali
Masih byk yg belum ku ketahui
Walau pun aku membaca mu setiap hari.

Al-Quran,
Semoga engkau terus membimbing ku
Ku harap ajaran mu kan mendarah daging
Dalam diriku yang pasti akan pergi
Menghadap Allah Robbul Izzati

Semoga cinta ku terhadap Al-Quran
Kian mekar tak akan pudar
Al-Quran disampaikan oleh Rasul Mulia
Wahyu Agung dari Allah Yg Esa....