: : :PELANGI MALAM: : :

Rabu, 12 Ogos 2009

ISLAM DI ASIA TENGGARA


Islam datang dari Tanah Arab

Dikemukakan oleh John Crawford
•Islam telah berkembang menerusi aktiviti perdagangan
•Buktinya dari catatan China
•Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy
•Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah hingga ke China
•Mereka berdagang secara berterusan di rantau Asia Tenggara pada abad ke-7 M
•Dalam perjalanan ke China pedagang Arab singgah di pelabuhan
•Terutamanya pelabuhan di selat Melaka
seperti Melaka/Brunei/Perlak/Pasai/Bantam/Ceribon/Makasar dan Patani
•Pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun ke China
•Mereka menetap beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan
•Berkahwin dengan wanita tempatan
•Mereka berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang agama Islam
•Pedagang Islam dan pendakwah memperlihatkan
•kehidupan nilai Islam yang murni
•Seperti kejujuran/kebersihan dan berhemah tinggi
•Berjaya menarik minat masyarakat tempatan terhadap Islam
•Wujud perkampungan Islam
•Seperti Ta Shih di Sumatera Utara

Prof Syed Naquib menyokong John Crawford
•Menggunakan bukti bahan penulisan dan kesusasteraan
•Tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab
•Adat resam dan kebudayaan orang Melayu
dipengaruhi budaya Arab
•Amalan menghormati tetamu
•Muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin
•Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari Tanah Arab
•Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan Syeikh Ismail mengislamkan Raja Pasai Merah Silu
•Syeikh Said mengislamkan Raja Pattani Phaya Tu Nakpa

Islam Datang Dari China

Pendapat ini dikemukakan oleh Emmanuel Gadinho Eredia
•Khan Fo atau Canton telah menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab
•Jalinan hubungan antara peniaga ini sudah tentu membolehkan Islam berkembang dikalangan peniaga China di Negara China
•Apabila peniaga China Islam berdagang di Asia Tenggara mereka menyebar Islam kepada masyarakat Asia Tenggara

Pendapat S.Q Fatimi
•Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagangIslam Canton ke Asia Tenggara
•Pendapat ini diperkukuhkan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu
•Persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina masjid-masjid di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa
•Terdapat unsur seni bina China dapat dilihat pada bentuk bumbung masjid yang mempunyai persamaan dengan pagoda di China
•Bahagian perabung atapnya melentik
•Pengaruh atap genting China serta warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu/tingkap masjid jubin lantai/dinding/tangga/kolam air

Islam Datang dari India

•Teori ini dikemukakan oleh sejarawan Belanda Snouk Huegronje
•Islam bertapak di Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel
•Hubungan perdagangan antara India dengan Asia Tenggara sudah lama wujud
•Pada zaman pemerintahan Alauddin Khilji Gujerat merupakan pelabuhan penting
•Batu bersurat dan batu nisan yang ditemui di Asia Tenggara menyerupai ciri buatan India
•Kebudayaan masyarakat Asia Tenggara mempunyai perkaitan yang rapat dengan kebudayaan di India