: : :PELANGI MALAM: : :

Ahad, 16 Ogos 2009

MASYARAKAT ISLAM ZAMAN ABBASIYAH


Pengenalan
Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. Pusat pemerintahannya di Kota Baghdad. Khalifah pertama Kerajaan Abbasiyah ialah al-Abbas al-Saffah. Kerajaan ini mengamalkan sistem berdasarkan sistem warisan. Kerajaan ini diperintah oleh 37 orang Khalifah dari tahun 750-1258 M. Kerajaan mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmum.

Ciri-ciri Masyarakat Abbasiyah
Semangat Fanatik Orang Arab Makin Luntur
•Sebab: tampuk pemerintahan dipengaruhi oleh bangsa asing.
•Ramai Khalifah beristeri berketurunan Parsi dan Turki.
•Begitu juga bagi orang Arab yang lain - beristeri bangsa asing melalui sistem poligami, gundik atau hamba abdi.

Kedudukan Kaum Wanita
•Dikawal ketat pada awalnya.
•Zaman berikutnya - mulai terlibat dalam urusan pentadbiran, contoh isteri Khalifah al-Mahdi, al-Khayzurum dan isteri Harun al-Rasyid, Zubaidah.
•Adanya yang menyertai peperangan, mengetuai golongan penyair, terlibat dalam bidang intelektual dan kesenian.
•Zaman akhir - kedudukan jatuh ke paras yang rendah - sebab: merebaknya sistem gundik yang berlebihan serta kealpaan yang mengikut hawa nafsu dan hidup yang lebih materialistik.

Sistem Perhambaan
•Semakin meluas.
•Kebanyakan digunakan oleh Khalifah, Wazir dan pembesar bukan Islam.
•Diperolehi melalui paksaan atau tawaran perang atau dibeli.
•Kebanyakan keturunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan Barbar.
•Hamba perempuan yang masih perawan dijadikan penyanyi, penari atau gundik.

Golongan Masyarakat
•2 golongan utama: (a) golongan atasan - bangsawan, pembesar, panglima, sasterawan, sarjana, pelukis, saudagar, pemahat dan golongan pemahat yang lain; (b) golongan bawahan - petani, pengembala, penduduk Zimmi.
•Orang Kristin diberi layanan baik - ada yang dilantik menjadi Wazir dan pegawai tinggi - dibenarkan menghantar pengembang agama ke China dan India.
Sukan
•Berkembang pesat.
•Permainan catur diperkenalkan semasa Khalifah Harun al-Rasyid.
•Permainan lain: memanah, memburu, berlumba kuda, polo, melontar lembing.