: : :PELANGI MALAM: : :

Sabtu, 12 September 2009

LELAKI


Jangankan lelaki biasa
nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga Namun Adam rindukan Hawa
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Manakan mungkin kayu yang bengkok menjadi batang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
S. W. T.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta
Kerana hati mereka kan liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nanti mereka akan derita
Kenalkan mereka dengan Allah S.W.T yang kekal
Akalnya senipis rambutnya
Tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkan ia dengan iman
Perasaan selembut sutera
Hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana di situlah nantinya
Mereka akan melihat nilaian dan keadilan tuhan
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan kelemahan
Ia bukanlah diskriminasi tuhan
Sebaliknya disitulah kasih sayang tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan
Tanpa iman,ilmu dan akhlak
Mereka tidak akan lurus
Bahkan akan terus membengkok
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi
Pimpinlah dirimu kepadaNya
Jinakkanlah segalanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah
Jika dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamullahhuwajhah

SUMBER: MURNI_