: : :PELANGI MALAM: : :

Jumaat, 31 Julai 2009

Kota Cordoba

Oleh Ahmad Naim Tahir
naim@bharian.com.my

Pusat ilmuwan Islam di Sepanyol: Dulunya Masjid Agung kini dikenali Lez Mezquita sudah berubah sebagai bangunan berelemenkan Kristian

CORDOBA, satu daripada lapan negeri dalam Wilayah Andalusia di selatan Sepanyol atau dirujuk sebagai al-Andalus ketika di bawah penguasaan Islam yang mengembangkan pengaruhnya ke Eropah di bawah pimpinan Panglima Tariq Ibnu Ziyad.

Bagi umat Islam, pasti berasa sedih apabila melihat bekas masjid yang berubah fungsi menjadi gereja selepas wilayah itu jatuh ke tangan Kristian pimpinan Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabelle.

Monumen yang pastinya pilu dilihat umat Islam ialah Le Mezquita, bekas masjid agung yang tersergam indah di tebing Sungai Guadalquiver yang merentasi bandarnya, tetapi kini berubah dengan elemen Kristian padanya.

Masjid berkenaan dibina pada zaman Khalifah Abdul Rahman II dan diteruskan oleh anak cucu baginda selama hampir dua abad sehingga siap seperti sekarang, indah dengan struktur dan seni bina hasil inspirasi arkitek Islam pada zaman itu.

Di dalamnya, ada puluhan atau ratusan tiang bermotif pohon palma yang dicat warna tanah dan merah muda seperti barisan jemaah sedang bersiap untuk bersolat.


Kota lama Cordoba menyimpan sejarah keagungan Islam.
Cordoba menempatkan banyak tinggalan seni bina menarik yang dibina ketika ia menjadi ibu kota di bawah pemerintahan khalifah Islam yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia.

Ia pernah dijajah Empayar Rom pada 412 Masihi tetapi berkembang ketika di bawah pemerintahan Bani Umaiyah sehingga menjadi pusat keilmuan dan kesenian Islam sebelum dijajah kerajaan Kristian Aragon dan Castile pada abad ke-15.

Cordoba mencapai zaman kegemilangannya ketika pemerintahan Abdul Rahman III, menjadi kota terbesar dalam Empayar Islam dan Eropah sehingga mengalahkan Byzantium dan Baghdad, terutama dalam bidang sains, kebudayaan dan kesenian.

Ia menjadi pusat ilmu yang begitu pesat dan melahirkan ilmuwan terkemuka Islam seperti Ibn Rushd dan Imam Qurtubhi.

Taman Alcazar berlatar belakang bangunan silam.
Melangkah masuk ke kawasan Le Mezquita, terserlah kehebatan seni binanya dengan halaman luas menempatkan landskap amat menarik serta kolam memancutkan air segar yang menenangkan jiwa.

Mengunjungi Cordoba, memori boleh mengimbau lebih 2,000 tahun lalu ke zaman pemerintahan Rom melalui peninggalan seperti Jambatan Roman, selain rasa bangga membayangkan zaman keagungan Islam ketika itu.

Antara arkeologi tinggalan Islam paling berharga ialah bekas kota lama Medina Azahara, terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar yang dibina antara 936 Sebelum Masihi (SM) hingga 940 SM dan bertahan 80 tahun sebelum kejatuhan Kerajaan Umaiyah.

Turut menjadi tumpuan ialah Taman Alcazar yang memaparkan keindahan hortikultur Arab, manakala bagi yang gemar membeli belah, pelbagai barangan terutama produk kulit dan perak yang terkenal di Cordoba dijual pada harga amat berpatutan.

Banyak lagi produk pelancongan menarik menunggu di negeri yang indah ini, tetapi bagi umat Islam, melangkah meninggalkan Cordoba pasti diiringi emosi yang amat mendalam.

FAKTA: Cordoba
• Juga dipanggil Cordova atau Qurtubah
• Terletak di sebelah Sungai Guadalquivir
• Bandar raya kedua terbesar di dunia pada abad ke-10 selepas Byzantium
• Mempunyai lebih 320,000 penduduk.

Jamu mata di Dubai

Oleh Ahmad Naim Tahir
naim@bharian.com.my

Koleksi abaya, emas dan keindahan kota batu jadi tarikan pelancong

ABAYA, abaya, abaya. Selama tiga hari penulis dan rakan berada di Dubai, satu daripada tujuh negeri di Emiriah Arab Bersatu (UAE), perkataan itu sering disebut-sebut sehingga seorang kenalan yang bekerja di kota itu mengusik rakan tadi sudah 'gila abaya'.

Abaya adalah jubah moden yang boleh digayakan dalam pelbagai fesyen dan diperbuat dalam pelbagai saiz, termasuk untuk kanak-kanak yang sesuai dipakai pada majlis keagamaan atau hari raya.

Tumpuan kami ialah pasar tradisional di Naif yang menempatkan begitu banyak kedai menjual abaya pada harga amat berpatutan, malah pemilik sebuah kedai di situ fasih berbahasa Melayu kerana katanya ramai rakyat Malaysia berbelanja di situ.

Selain pasar tradisional atau souq dalam bahasa Arab, ada lebih 40 pusat beli-belah di Dubai, hab komersial di Teluk Arab yang menjual apa saja, daripada barangan import China yang murah kepada barangan berjenama.

Selama tiga hari itu, pantang ada kesempatan, kami berulang alik ke Naif, ke sana menaiki teksi, pulangnya berjalan kaki ke Deira sebelum menyeberang Sungai Dubai dengan abra atau teksi air dengan tambang satu dirham. Tiada rasa bimbang bersarang dalam hati sepanjang di Dubai kerana di mana saja pasti kelihatan muka orang Asia, terutama dari India, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan tidak kurang juga orang Malaysia yang bekerja di sana.

PASAR Emas yang menjadi tumpuan pelancong.
Kekurangan kawasan bersejarah tidak menghalang Dubai membangunkan sektor pelancongannya melalui aktiviti beli-belah, pusat peranginan dan hotel mewah serta bangunan pencakar langit yang unik dan menarik.

Ada juga tarikan lain seperti Muzium Dubai yang mempamerkan pelbagai khazanah silam, termasuk alat muzik, elemen kehidupan di padang pasir serta senjata perang, namun bagi kebanyakan pelancong, membeli-belah lebih utama.

Waktu senggang memberi peluang kami bersiar-siar di sekitar kota Dubai, sempat menjamu selera di kedai makan milik rakyat Malaysia serta berehat di tepian pantai.

Sempat juga ke Palm Jumeirah, pulau buatan manusia berbentuk pokok palma yang turut menempatkan pusat peranginan mewah, Atlantis The Palm yang kadar sewa bilik termahalnya mencecah lebih RM85,000 satu malam!


Hotel itu yang dibina mencontohi pusat peranginan di Bahamas menyediakan hiburan keluarga bertemakan lautan yang dilengkapi akuarium gergasi terbuka menempatkan 65,000 jenis ikan.

Palm Jumeirah atau dikenali juga dengan nama Palm Dubai atau The Palms adalah antara tiga pulau buatan manusia yang terkenal dan dianggap sebagai keajaiban kelapan dunia.

Burj Al-Arab, sebuah lagi hotel mewah di Dubai yang dipromosi sebagai hotel tujuh bintang pertama di dunia dengan kemudahan di situ hanya mampu dilanggan mereka yang cukup kaya.

Pada sebelah malam, bangunan itu menawarkan pemandangan yang cukup cantik apabila lampu yang meneranginya bertukar warna dari semasa ke semasa mengikut tema air dan api.

Bagi yang gilakan barangan kemas, Pasar Emas atau Gold Souq menempatkan deretan kedai yang boleh membuatkan wanita rambang mata memilih pelbagai jenis rekaan emas putih dan kuning.

Beberapa kompleks beli-belah seperti Mall of the Emirates dan Dubai Mall turut kami kunjungi, tetapi wang belanja terhad membuatkan barangan yang mampu dibeli hanya minyak wangi dan tali pinggang berjenama pada harga lebih murah berbanding Malaysia.

Jika tidak dihalang batasan waktu, mahu juga merasai pengalaman bermalam di padang pasir dan menjalani kehidupan gaya puak Badawi, tetapi letih bersiar-siar dan membeli-belah membantutkan hasrat itu.

Tidak puas tiga hari di Dubai, namun kunjungan kali pertama ini amat berbaloi walaupun tangan lenguh mengheret beg yang penuh dengan abaya.

Info

Dubai
• Mempunyai lebih 1.4 juta penduduk, paling ramai di UAE
• Dikatakan berasal daripada perkataan Daba yang bermaksud menjalar
• Keluasan 1.287 juta kilometer persegi
• Bahasa rasmi, Arab tetapi Inggeris digunakan dengan meluas

Adab pergaulan lelaki, wanita pelihara nasab umat



Persoalan agama bersama Ustaz Zahazam Mohamed
Islam sedia panduan hubungan antara bukan mahram demi menjaga kebaikan masyarakat

Saya sudah berkahwin dan tugas memerlukan saya bergaul dengan orang ramai, termasuk bukan muhrim. Saya tahu batasan antara wanita dengan lelaki seperti tidak boleh duduk berdua-duaan. Apakah adab lain yang perlu diamalkan oleh wanita dan lelaki Muslim .

Hukum bekerja bagi perempuan adalah harus. Namun, kita perlu merujuk penjelasan syarak dalam kebenaran itu. Sayyid Qut membuat ulasan berkaitan pertemuan Nabi Musa AS dengan dua anak perempuan hamba yang salih di Madyan. Sesetengah pandangan mengatakan ia adalah Nabi Syuib AS. Lihat firman Allah dalam ayat 23 surah al-Qasas bermaksud: "Dan ketika dia sampai di telaga negeri Madyan, didapati di situ sekumpulan lelaki memberi minum (ternakan) dan di sebelah mereka dua perempuan yang menahan kambingnya. Dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing) sehingga pengembala itu membawa ternakan masing-masing dan bapa kami seorang yang terlalu tua.

Musa memberi minum kepada binatang ternakan mereka, kemudian dia ke tempat teduh lalu berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki yang Engkau berikan." Kemudian seorang daripada dua beradik itu mendapatkannya dengan berjalan tersipu-sipu sambil berkata: "Bapaku menjemputmu untuk membalas budi memberi minum ternakan kami."

Kata Sayyid Qutb, syarat pertama membenarkan wanita bekerja apabila keadaan ekonomi menuntutnya. Dia terpaksa keluar mencari rezeki seperti dinyataka 'ayah kami sudah terlalu tua.'
Perkara kedua ialah jangan ada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan. Ia dapat dilihat menerusi ayat: "Kami tidak memberi minum (kambing) sehingga pengembala itu membawa balik binatang ternakan masing-masing" dan syarat ketiga walaupun keluar. ia masih menjaga adab seorang Muslimah. Ini jelas dalam ayat: "Kemudian seorang daripada dua beradik itu mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu." Wanita bekerja wajib menjaga maruah agar tidak menjadi wanita murahan, mudah bergelak ketawa dengan rakan sekerja lelaki. Jangan mudah menawarkan diri berdua-duaan makan tengah hari.

Wanita beriman perlu memelihara diri daripada menjadi alat hiburan lelaki liar. Firman Allah SWT dalam ayat 31 surah an-Nur bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala; dan jangan memperlihatkan perhiasan tubuh melainkan kepada suami atau bapa atau bapa mentua atau anak mereka, atau anak tiri, atau saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang sudah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentak kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah SWT, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Merujuk soalan kedua, lazimnya masyarakat Melayu menggunakan perkataan muhrim untuk merujuk golongan haram dikahwini. Sebenarnya perkataan yang tepat ialah mahram. Muhrim dalam bahasa Arab bermaksud orang berihram. Ajnabiula ialah lelaki asing bukan mahram, contohnya jiran atau rakan sepejabat. Ajnabiyyah pula ialah perempuan bukan mahram. Inti pati larangan kepada lelaki dan perempuan ialah jangan berdua-duaan dalam suasana mencurigakan. Hadis Nabi SAW menjelaskan, tidak akan berdua-duaan seorang lelaki dengan perempuan melainkan syaitan jadi yang ketiga.

Lelaki juga diharamkan bermusafir bersama wanita bukan mahram dan menceritakan masalah peribadi kepada wanita ajnabiyyah. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitab al-Majmuk, maslahat memelihara hubungan ini demi kepentingan nasab. Amat benar kata ulama seperti Ibnul Qayyim iaitu pensyariatan undang-undang Islam demi keadilan dan kebaikan mutlak. Justeru, menegakkannya menyebabkan kehidupan teratur dan selamat daripada persengketaan.

Sumber: Berita Harian

Khamis, 30 Julai 2009

Tajdid Iman: Pahala mentaati ibu bapa melebihi jihad fisabilillah

Oleh Dr Juanda Jaya
Juanda72@hotmail.com


KETIKA bayi ibu bapa membelai dan menatang anak dengan penuh kasih sayang dan apabila besar sewajarnyalah anak membalas kasih sayang yang diberikan.
Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu." – (Surah Al-Isra' ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.
Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.
Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." – (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

Penulis ialah Mufti Perlis

Isnin, 27 Julai 2009

Petua untuk Hati


Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

•Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.


•Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

•Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

•Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

•Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

- wallahualam -
www.iLuvislam.com
oleh: kertas_putih

Antara sabar dan mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Sumber: kaZL eNterPriSe

YANG BERJAYA & YANG GAGAL

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang hendak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”
Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan
Seorang yang berjaya berkata “perkara ini susah, tetapi tidak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ini tidak mustahil dilakukan tetapi ia terlalu susah”
Seorang yang berjaya, apabila melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal, apabila melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji
Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha
Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”
Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang
Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya
Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan

Sumber : http://www.petua.org/

Ahad, 26 Julai 2009

MISTERI TERBELAHNYA BULAN




Allah SWT berfirman: "Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)"
Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah ? Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya
sebagai berikut :

Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sejak beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan di Univ. Cardif, Inggris bagian barat, dan para peserta yang hadir bermacam-macam, ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur'an. Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya,



"Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi "Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah" mengandung mukjizat secara ilmiah? Maka saya menjawabnya: "Tidak, sebab kehebatan ilmiah dapat diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan, maka itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul terakhir Muhammad shallallahu 'alaihi wassalam sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya, sebagaimana nabi-nabi sebelumnya. Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah dan hadits-hadits Rasulullah SAW, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur'an dan sunnah-sunnah Rasulullah shallallahu alaihi wassalam. Dan memang Allah ta'alaa benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu".



Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah SAW membelah bulan. Kisah itu adalah di masa sebelum hijrah dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan
mengolok-olok) ?" Rasulullah bertanya, "Apa yang kalian inginkan ?"

Mereka menjawab: "Coba belahlah bulan ..." Maka Rasulullah SAW pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah SWT agar menolongnya. Maka Allah SWT memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan.

Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun berujar,

"Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!" Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja "menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak ada ditempat itu. Mereka lantas menunggu-nunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan. Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya,
"Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?". Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masingnya kemudian bersatu kembali...!! !".
Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir
(ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya: "Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus" , dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ....." sampai akhir surat Al-Qamar.
"Ini adalah kisah nyata", demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar. Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut, berdirilah seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya berkata, "Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai tuan, bolehkah aku menambahkan? " Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab:


"Dipersilahkan dengan senang hati." Daud Musa Pitkhok berkata, "Aku pernah meneliti agama-agama (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah terjemah makna-makna Al-Qur'an yang mulia. Maka, aku pun berterima kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan ketika aku membuka-buka terjemahan Al-Qur'an itu di rumah, maka surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: "Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah.... ..." Maka aku pun bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal?? Apakah mungkin bulan bias terbelah kemudian bersatu kembali?? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu??? Maka, aku pun menghentikan dari membaca ayat-ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari-hari. Akan tetapi Allah-lah Yang Maha Tahu tentang tingkat keikhlasan hamba-Nya dalam pencarian kebenaran.

Maka aku pun suatu hari duduk di depan televisi Inggris. Saat itu ada sebuah diskusi hangat antara presenter seorang Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut pun menceritakan tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa.

Dan diantara diskusi tersebut adalah tentang turunnya astronot menjejakkan kakiknya di bulan, dimana perjalanan antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar. Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata, "Kebodohan macam apalagi ini, dana begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?" Mereka pun menjawab, "Tidak, ..!!! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada siapapun. Maka presenter itu pun bertanya, "Hakikat apa yang kalian telah capai sehingga demikian mahal taruhannya?" Mereka menjawab, "Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali.!!!" Presenter pun bertanya, "Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?" Mereka menjawab,

"Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong dipermukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, "Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali".

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan,
"Makaaku pun turun dari kursi dan berkata, "Mukjizat (kehebatan) benar-benar telah terjadi pada diri Muhammad sallallahu alaihi wassallam 1400-an tahun yang lalu. Allah benar-benar telah mengolok-olok AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, 100 juta dollar lebih, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin !!!!"".

Maka, agama Islam ini tidak mungkin salah ... (aku pun bergumam),
"Maka, aku pun membuka kembali Mushhaf Al-Qur'an dan aku baca surat Al-Qamar, dan... saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam.


Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadiq
ISLAM ADALAH RAHMATAN LIL'AALAMIIN

CINTA ADAM DAN HAWA

dihantar oleh: halfy hafisya (petikan dari website Darul Nu'man)
editor: azzahra_solehah

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan.

Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Dia merasa kesepian, lama sudah. Dia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian, Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Dia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu.

Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur. Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya.

Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa, Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu. Adam terjaga....!

Alangkah terkejutnya Adam a.s ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Dia seolah tak percaya pada penglihatannya. Adam a.s masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya. Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna.

Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Hawa adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana dia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia.

Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam. Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Dia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Dia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya.

Dia yakin tidak salah pandang. Dia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Dia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Dia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya. Adam terpikat Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.

“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga.

Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam.

Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban. “Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak menghulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”. Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.

Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah. Perkahwinan Adam dan Hawa Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga.

Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa. Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar. Mahar perkahwinan Adam Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar.

Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya.

Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam). Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat.

Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.



Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 38)

ILMU YANG BERKAT

http://edu.iluvislam.com
oleh: Aimi Jamaludin

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Bila anda ditanya,apakah itu BERKAT?
Mungkin ramai yg akan jawab, SEPAKAT membawa BERKAT.
Ataupun, REZEKI yang BERKAT,benda sikit pun rasa macam banyak. Makanan contohnya. Mahupun lain-lain benda yang berkaitan dengan rezeki.
Mungkin juga ada yang akan menjawab UMUR yang berkat. Atau jika di’simple’kan lagi, MASA yang berkat. Ada sesetengah orang,hidup sebentar sahaja di dunia pun, macam2 manfaat boleh diberikan kepada org lain. Orang lain boleh rasa kehadirannya. Ada sesetengah orang pula, bak kata orang,”takde die kat dunia ni pon takpe”. naudzubillah. 24 jam sehari, ada orang yang mampu lakukan pelbaaaaagai benda, dan ada pula orang yang bertanya pada dirinya sendiri,”apelaaah yang aku dah buat dalam sehari ni?”
Dalam konteks kita sebagai pelajar, apa yang selalu ditekankan ialah ILMU yang BERKAT.
Anda semua tentu sahaja pernah mendengar kisah tentang seorang budak yang takde lah berapa pandai sangat. Tapi oleh kerana student tu tak pernah ponteng kelas, selalu buat homework, dengar kata guru, tak pernah merungut, natijahnya, pelajar itu cemerlang dalam studies. Kalau tidak gemilang pun, natijah yang sesuai dengan pencapaian peribadinyalah.
Selalu juga kita mendengar tentang seorang pelajar yang senantiasa terbilang. Setiap kali peperiksaan dalaman di sekolah, selalu sahaja di tangga yang teratas. Namun, pada akhirnya, bila waktu exam (SPM contohnya), lari jauh,tersasar keputusannya daripada apa yang diharapkan. Dan bila direfleks semula, "ohhh, dulu aku pernah mengumpat cikgu ni” , "ohh, dulu aku pernah tak siapkan homework cikgu ni,ye laa,cikgu ni macam tak garang je” dan mungkin juga, "ohhh, dulu aku pernah nak mencabar ilmu cikgu ni” dan sebagainya.
Perlu untuk kita sedari,untuk mendapatkan ilmu yang berkat, BUKAN hubungan antara kita sebagai pelajar dengan seorang guru sahaja yang perlu dijaga.
Hubungan kita sebagai anak kepada kedua ibu bapa,
Hubungan kita sebagai rakan kepada rakan-rakan kita yang sama-sama menuntut ,
Hubungan kita sebagai hamba dengan penciptanya ,lagi-lagi lah perlu diberi perhatian.
Itu antara tanggungjawab yang paling simple . Mungkin bagi sesetengah daripada kita, ada yang sibuk dengan komitmen lain. Kalau di sekolah, mungkin sibuk dengan kerja2 pengawas, ataupun sibuk dengan komitmen sebagai pembahas sekolah. Kalau di peringkat yang lebih tinggi pula, sibuk dengan mana-mana persatuan,anjurkan itu, anjurkan ini. Namun, itu semua tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak settlekan hak yang paling asas (seperti tiga perkara yang disebutkan di atas).
Hubungan kita sebagai anak. Sejauh mana kita sedar betapa susahnya ibu dan bapa mencari rezeki utk pastikan kita semua dapat pendidikan yang terbaik? Dan selepas itu, kita insaf dan berazam untuk membalas semula jasa mereka itu. Sejauh mana kita sedar penatnya dan kerapnya ibu bapa kita menadah tangan, bersujud,memohon pada ALLAH agar anak-anaknya menjadi insan yang berguna? Dan adakah kita turut sama, sentiasa berdoa,menangis agar ibu bapa kita sentiasa diberi rahmat oleh ALLAH? Sejauh mana kita menghargai segala concern yang ditunjukkan oleh ibu bapa kita,walaupun kita rasa sudah cukup besar untuk dimanja-manjakan. Atau adakah kita rasa rimas, mahu memberontak? Lagi2 bagi mereka yang belajar luar dari Malaysia. Sejauh mana anda ingat dan mendoakan mak ayah anda?
Sudah settlekah hubungan anda sebagai seorang anak kepada kedua-dua orang tuanya??
Hubungan anda sebagai rakan kepada rakan-rakan yang lain. Sejauh mana anda sedar di saat anda mendapat A dalam semua subject, teman yang anda selalu bersenda- gurau, terduduk lesu dengan berlambak-lambak C atau D dalam exams? Sejauh mana inisiatif anda untuk membantu rakan itu untuk at least mendapat gred yang lebih baik daripada itu? Ataupun sejauh mana anda ada kelapangan dada dan keterbukaan hati utk spendkan sedikit masa anda,menghulurkan bantuan andai dipinta, menenangkan rakan itu andai dia putus asa, sedangkan dalam masa yang sama,anda pun tidaklah mempunyai keyakinan yang cukup tinggi utk dpt result yang mantap.
Maka, sudah settlekah hubungan anda sebagai seorang rakan kepada rakannya yang lain?

Hubungan anda sebagai seorang hamba dengan penciptanya. Cuba fikir balik. Banyak mana masa yang kita spend utk menelaah?banyak mana pula masa yang kita spendkan utk mengembalikan segala benda yang kita study itu kepadanya? Sebanyak mana pula masa yang kita ada untuk ke kelas tuisyen, tapi untuk ke majlis-majlis ilmu yang membawa kita kepada mengingati ALLAH, ohhh, berat sungguh rasenye. Sejauh mana kita boleh stay up untuk setiap malam? Sedaya mana pula kita mampu spendkan masa utk bangun, tunaikan ibadat malam? Setinggi mana keyakinan /tawakkal kita kepada ALLAH? Sedangkan kita tahu semua perkara itu, kalau ALLAH kata terjadilah,maka terjadilah.
Kita takkan tahu…
Mungkin segala 8A/9A yang kita peroleh dalam PMR itu sebenarnya bukanlah hasil usaha kita menghafaz buku-buku revision yang ada, tapi merupakan BERKAT doa seorang guru yang sentiasa kita tunjuk rasa hormat dan kasih padanya.
Kita takkan tahu…
Subjek fizik yang biasenye kita peroleh B/C, dan tiba-tiba dalam SPM, kita peroleh A1 itu sebenarnya merupakan BERKAT doa seorang rakan yang pernah ditolong, meskipun pada kita, “alahai,ape je lah yang aku dah ajar kat kawan aku tuh”
Kita takkan tahu,
Di saat kita rasa , “aku tak habes study lagi nih, harap2 untuk exam kali ni,masuk lah soalan yang betul2 aku dah faham dan yg aku boleh jawab dengan baik” dan akhirnya harapan itu menjadi kenyataan, lantaran BERKAT doa dari ibu bapa anda yang memohon agar urusan anaknya sentiasa dipermudahkan ALLAH.
Dan juga kita takkan tahu…
Saat kita sudah hilang keyakinan terhadap diri seratus peratus, buntu dan hilang arah, ALLAH beri petunjuk kepada kita, untuk dapatkan kembali semangat yang telah hilang ,dan semuanya kerana BERKAT kekuatan yang telah kita kumpul sebelum itu ; melalui ibadat malam dan bacaan quran .
Kita takkan tahu…
Kita takkan tahu…
Kita takkan tahu.

“Salah satu daripada petanda ilmu yang berkat adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya, semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa dia kepada Allah”
Refleks balik diri kita….
Wallahua’alam