: : :PELANGI MALAM: : :

Jumaat, 7 Ogos 2009

Khalifah dan Ciri-Ciri Pentingnya


Konsep Khalifah

Dalam bahasa Arab perkataan khalifah itu bermaksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w. yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan selepas baginda wafat.

Manakala berdasarkan konsep agama pula perkataan khalifah itu merujuk pemimpin yang bertanggungjawab untuk memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan Nabi saw, dan tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.

Manakala syarta-syarat yang harus dimiliki oleh khalifah ialah:
*lelaki yang merdeka.
* beragama islam
*memiliki pengetahuan islam yang baik
*mematuhi perintah Tuhan (Allah)
*sanggup melaksanakan hukum islam dengan adil
*bersifat adil dan akhlak yang mulia
*kesihatan tubuh badan yang baik dan sempurna
*berfikiran bijak dan warak
*mahir menguruskan aspek pentadbiran

Membongkar khasiat solat secara saintifik



Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my

Ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.

Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) selepas menerima cabaran Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi perdana menteri.

Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.

Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok menerusi pembiayaan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol.

Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.

"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.

Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.

Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.

Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.

Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.

"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.

Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.

Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.

Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.

Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.

"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

Sujud

"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.

Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.

Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.

Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.

"Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.

"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan," katanya.

Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.

Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.

Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.

Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.

Pergerakan relatif

Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.

"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.

"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja," katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.

Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.

Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.

"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki," katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.

Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.

Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.

Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.

Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.

"Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat," katanya.

Sumber : http: //www.utusan.com.my/

KESEDARAN POTENSI DIRI


Oleh DR. ISMAIL ZAIN
[Gelanggang Guru - Utusan Malaysia]

DI antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah ialah kurangnya rasa minat untuk belajar di bilik darjah. Dalam hal ini guru memainkan peranan yang penting ke arah mewujudkan satu suasana yang menyeronokkan yang dapat memberi satu impak kepada pelajar-pelajarnya dalam proses pembelajaran.

Sesungguhnya pembelajaran yang berkesan itu seharusnya mempunyai ciri-ciri di mana pelajar-pelajarnya berada dalam keadaan yang ceria serta berminat terhadap apa yang dipelajarinya serta bergerak aktif berinteraksi dengan menggabungkan aspek mental, rohani dan jasmani dalam apa jua aktiviti yang diadakan.

Tetapi walau bagaimanapun kadang kala timbul suasana bosan bukan sahaja pelajar tetapi juga di kalangan guru. Dalam keadaan tertentu guru bukan sahaja menganggapkan bahawa pelajarnya sudah tidak mampu menerima apa yang diajar malah sudah "kekeringan idea" untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Maka suasana bilik darjah menjadi tegang, tidak dinamik dan proses penerimaan ilmu kepada pelajar-pelajar bertukar menjadi keadaan yang "memaksa".

Untuk memulihkan keadaan ini guru harus berpegang kepada prinsip yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara di antara lain menyebut proses pendidikan adalah untuk "memperkembangkan potensi individu."

Pada hakikatnya seorang insan itu apabila ianya dilahirkan ke dunia sudah dilengkapi dengan pelbagai potensi. Potensi akan menyerlah sekiranya ada usaha yang dilakukan untuk meransangkannya.
Dalam hal ini guru harus menganggapkan bahawa kedua-dua pihak iaitu dirinya sebagai seorang guru dan pelajarnya mempunyai potensi.

Potensi Pelajar: Menyedari bahawa pelajar mempunyai potensi maka usaha harus dijalankan ke arah memperkembangkan potensi yang ada pada mereka. Pelbagai program, aktiviti dan strategi harus dimasukkan ke dalam pakej pembelajaran untuk diberi bimbingan sehingga potensi mereka itu menyerlah ke arah mecapai hasilan pembelajaran yang dirancang.

Potensi guru: Kekeringan idea yang berlaku pada guru dapat dielakkan sekiranya guru menyedari dan menerima hakikat bahawa guru juga mempunyai potensi ke arah penyampaian ilmu dengan lebih berkesan. Potensi yang ada pada guru harus digunakan dengan sepenuhnya. Teori yang dipelajari di dalam kuliah serta ilmu yang didapati melalui kursus dalam perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar dan penyelidikan harus dapat dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar dalam bilik darjah dengan lebih kreatif dan inovatif.

Seiringan dengan usaha memperkembangkan potensi pelajar ini, sistem penilaian juga sama ada di peringkat sekolah atau di peringkat kebangsaan haruslah bersifat anjal. Penilaian harus mempunyai elemen ke arah mencungkil aspek perkembangan potensi diri secara lebih luas, menyeluruh dan bersepadu dan bukannya terlalu rigid yang berfokus pada satu aspek kecemerlangan akademik sahaja.

Sesungguhnya negara memerlukan generasi muda yang berpotensi, kreatif , inovatif dan dinamik dalam proses pembangunan negara dalam menempuh alaf baru.

PERKUKUH IDENTITI AGAMA


Oleh DR. SAODAH ABD. RAHMAN

Apabila roh Islam wujud dalam diri masyarakat Islam, mereka akan mempertahankan hak dan identiti bangsa dan agama secara hikmah dan bijaksana

Kekuatan sesuatu bangsa atau umat adalah bergantung kepada keperibadian dan keteguhan mereka mempertahankan identiti agama dan bangsa. Prinsip dan konsep perjuangan umat Islam perlu berteraskan kepada perundangan dan peraturan Allah dan Rasul dalam setiap aspek kehidupan.

Perjuangan yang tidak berasaskan kepada kepentingan agama dan bangsa sering menghumban umat Islam ke dalam kancah kehancuran. Kebijaksanaan seseorang pemimpin dalam mengendalikan urusan kenegaraan terserlah apabila beliau dapat mempertahankan hak dan maruah bangsa dan agamanya.

Islam adalah satu agama universal yang memberi hak dan kedudukan kepada umat bukan Islam menikmati kemakmuran hidup dalam dunia Islam. Berasaskan kepada prinsip keadilan dan kesaksamaan yang dilaungkan oleh Islam, bukan bererti umat Islam perlu mengorbankan hak dan identiti bangsa dan agama demi menegakkan keadilan dalam negara.

Hak dan wibawa bangsa dan agama merupakan perjuangan setiap bangsa di dunia. Ini merupakan fitrah ciptaan manusia. Jika umat Islam mengabaikan perjuangan hak dan kewibawaan dalam kehidupan mereka maka identiti dan kewibawaan mereka mudah terhakis dan terhapus.

Unsur-unsur penghapusan identiti bangsa dan agama semakin hari kian jelas kelihatan. Perkara begini berlaku hasil daripada sikap dan mentaliti umat Islam yang terlalu ghairah memperjuangkan kedudukan, pangkat dan kekayaan sehingga kabur penglihatan dan pemikiran dalam menentukan dasar, perancangan dan kegiatan kenegaraan.

Apakah erti kepimpinan para pemimpin Islam jika hak bangsa dan wibawa agama tergadai akibat terlalu ghairah untuk menegakkan keadilan?. Keadilan dalam negara boleh dilaksanakan tanpa mengorban hak bangsa dan agama jika setiap pemimpin Islam yang mentadbir negara memahami dan mengamalkan prinsip pemerintahan dan kepimpinan dalam Islam.

Sejarah menunjukkan banyak pemimpin Islam masa silam mampu menegakkan keadilan dan bertolak ansur dengan masyarakat bukan Islam tanpa mengorbankan identiti umat dan kewibawaan agama.

Jati diri mereka yang mantap dan matlamat perjuangan yang berteraskan keredaan Allah merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan mereka berjaya membentuk negara Islam yang adil terhadap masyarakat Islam dan bukan Islam tanpa mengorbankan hak dan wibawa umat dan agama.

Matlamat hidup dan perjuangan jika tidak didasarkan kepada perjuangan Islam boleh menyebabkan para pemimpin Islam menggadai maruah bangsa dan agama demi memperkukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka. Suasana begini merupakan lumrah dunia Islam masa kini.

Sikap terlalu takut kehilangan kuasa menyebabkan mereka menjadi buntu dan hilang daya pemikiran yang pintar untuk membuat perancangan dan strategi bagi umat Islam dalam jangka masa yang panjang.

Hasil daripada kebuntuan pemikiran para pemimpin dalam mengendalikan urusan kenegaraan maka umat Islam menjadi lemah dan tidak terdaya untuk mempertahankan hak dan kewibawaan agama.

Apabila para pemimpin dan ahli politik Islam mengambil jalan yang mudah dan terlalu ghairah untuk berkuasa dan mengekalkan kuasa maka mereka sanggup menghapuskan hak dan kewibawaan agama tanpa memikirkan masa depan masyarakat Islam dalam negara mereka.

Jika perkara begini berlaku dalam negara Islam maka penghapusan hak dan identiti umat Islam secara beransur-ansur akan terhakis dan terhapus. Ini adalah salah satu proses globalisasi yang melanda negara Islam masa kini.

Penghapusan identiti dan kewibawaan agama juga berlaku jika umat Islam keseluruhannya kurang prihatin terhadap pendidikan agama dan kesedaran terhadap kesan kehausan kerohanian.

Corak hidup yang tidak seimbang dengan kehendak kerohanian dan jasad menjadi pilihan hidup umat Islam masa kini. Kegiatan dan program yang berbentuk hedonisme dijadikan sebagai agenda utama dalam kehidupan seharian sehingga terlupa waktu malam yang sunyi dan sepi perlu diisi dengan kegiatan yang boleh menghampiri diri kepada Allah dan bermuhasabah diri.

Apabila minda dan hati nurani diselaputi oleh unsur-unsur yang melalaikan dan menyeronokkan maka umat Islam tidak lagi menghargai waktu atau masa. Gejala remaja Islam berkeliaran di tempat-tempat hiburan sehingga larut malam lantaran terlalu ghairah dengan keseronokan berbentuk hawa nafsu semakin hari kian bertambah.

Jika corak hidup begini dijadikan sebagai tradisi kehidupan masyarakat Islam, maka mereka tidak akan menjadi satu umat yang gigih dalam kehidupan.

Hati yang terlalu ghairah dengan hiburan dan keseronokan boleh menyebabkan umat Islam menjadi malas dan tidak berwibawa. Oleh itu tidak hairan kenapa umat Islam menghadapi krisis kehausan kerohanian dan kebendaan.

Ketika umat Islam berada dalam krisis kekosongan jiwa yang memerlukan kepada latihan kerohanian dan kesedaran mengenai tanggungjawab diri dan agama, rancangan-rancangan hiburan pula semakin bertambah sehingga ibu bapa tidak mampu untuk mengawal pergerakan anak-anak.

Persoalan yang sering berlegar dalam pemikiran ibu bapa di negara ini masa kini ialah kenapa dalam suasana ibu bapa sukar untuk mengawal pergerakan anak-anak, rancangan-rancangan hiburan semakin banyak dipertontonkan sehingga larut malam?

Adakah bentuk-bentuk hiburan itu melambangkan identiti bangsa dan agama? Pendedahan rancangan hiburan yang keterlaluan boleh menyebabkan umat Islam kurang memiliki daya pemikiran yang bernas kerana hiburan hanya merupakan satu unsur yang boleh merehatkan minda yang penat bukan bahan yang boleh melatih otak menjadi pintar dan kreatif.

Sepatutnya dalam era globalisasi umat Islam perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan supaya mereka mampu menghadapi sebarang kegiatan yang boleh menghancurkan identiti agama dan umat Islam.

Kebanyakan umat Islam tidak prihatin terhadap pengukuhan identiti agama dan bangsa akibat kurang kesedaran terhadap implikasi proses globalisasi.

Berdasarkan kepada suasana yang wujud masa kini maka umat Islam keseluruhannya perlu menumpukan perhatian kepada pendidikan anak-anak dan membimbing mereka menjadi orang yang mempunyai jati diri yang kental supaya pemikiran dan jiwa mereka disemat dengan roh Islam.

Apabila roh Islam wujud dalam diri masyarakat Islam, mereka akan mempertahankan hak dan identiti bangsa dan agama secara hikmah dan bijaksana.

Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Sumber : http://www.utusan.com.my/

KALAU DAHI TIDAK MENGENAL SEJADAH DI DUNIA


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia…

(Radio IKIM)

Menilai kemuliaan diri pada Syaaban, Ramadan


Oleh Abdulrahman Haqqi

“JIKA kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka ia dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan, ia perkara biasa. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan, ia adalah zalim. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan itu adalah mulia dan terpuji,” kata novelis terbilang berasal dari Kanada pada awal abad ke-20, Moza de la Roche.

Dia menjadi terkenal dengan novel bersirinya bertajuk Jalna yang mula diterbitkan pada 1927 walaupun sebenarnya dia sudah menerbitkan kisahnya untuk pertama kali dalam Munsey’s Magazine pada 1902.

Kita melihat hikmah yang mendalam di sebalik kata-kata novelis yang meninggal dunia pada 1961 itu. Nilai kebaikan sejagat yang ada di dalamnya ialah - balaslah kejahatan dengan kebaikan jika kita ingin hidup mulia dan terpuji dan jangan sekali-kali kita berbuat sebaliknya kerana ia satu kezaliman.
Dengan andaian bahawa La Roche tidak pernah membaca al-Quran, bagaimana dengan ayatnya yang bermaksud: “Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang sudah ditimpa kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar.” (Surah al-Nahl: 126)

Nilai kebaikan sejagat yang ada pada ayat ini ialah sifat mulia dan terpuji yang ada pada kesabaran dengan tidak membalas kejahatan orang lain terhadap diri kita walaupun ia dibenarkan atas dasar qisas sebagai ‘semangat’ keadilan.

Oleh itu kita dapati baginda Rasulullah SAW menarik balik sumpahnya untuk mengqisas Wahsyi, budak yang membunuh bapa saudara Rasulullah, Hamzah kerana baginda mahu mendapatkan pahala sabar yang besar di samping melaksanakan anjuran Allah SWT dalam ayat di atas.

Maha Benar Allah SWT dengan firman-Nya bermaksud: “Dan bersabar (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.” - (Surah al-Nahl: 127). Pada bulan yang mulia ini, Syaaban sebagai pembuka kepada bulan mulia yang lain, Ramadan ada baiknya kita menilai diri di manakah keadaan kita sebenarnya di antara orang yang mulia? Orang yang mulia berakhlak baik kerana akhlak yang baik itu adalah kebahagiaan tersendiri, sedangkan akhlak yang buruk adalah petaka dan bencana.

Dalam hadis bermaksud: “Sesungguhnya akhlak yang baik dapat menjadikan seseorang mampu mencapai darjat orang yang suka berpuasa dan orang yang suka melakukan sembahyang malam.”

Baginda sentiasa berdoa pada Syaaban ini dengan doanya yang masyhur Allahumma barik lana fi Sya’ban, wa ballighna Ramadan, Ya Allah, anugerahkan kami keberkatan pada Syaaban dan sampaikan hidup kami ke Ramadan. Betapa mulianya Ramadan sehingga Baginda mengharapkan dapat hidup di dalamnya walaupun di antara Syaaban dan Ramadan tinggal selangkah lagi. Betapa besarnya Ramadan sehinggakan Baginda ingin mendapatkan kebesarannya walaupun masih berada dalam Syaaban.

Kebaikan yang ada dalam kedua-dua bulan mulia ini sangat banyak dan tidak seperti bulan lain. Baginda tidak pernah banyak berpuasa sunat kecuali pada Syaaban, sedangkan selama Ramadan baginda menunaikan kewajipan puasa.

Pada Syaaban, ada malam Nisfu Syaaban dan dalam Ramadan ada malam Nuzul al-Quran. Dalam Syaaban ada solat sunat Nisfu Syaaban bagi sesetengah umat yang mahu melakukannya, manakala pada Ramadan ada solat tarawih bagi semua umat. Pada Syaaban pengampunan Allah SWT ke atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri dan pelaku zina manakala pada Ramadan ada pembebasan manusia daripada api neraka.

Kebaikan sedemikian yang kita cari di dunia sebagai jalan menuju kehidupan abadi di akhirat kelak. Melalui kebaikan itu kita akan mendapatkan kemuliaan dan kemuliaan akan mendekatkan kita kepada al-Khaliq, Maha Pencipta.

Allah berfirman yang bermaksud: ”Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah SWT) kerana bagi Allah jugalah segala kemuliaan. Kepada Allah jugalah segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang salih pula diangkat-Nya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan pun) akan rosak binasa.” - (Surah Fatir: 10)

Jika kemuliaan boleh didapati dengan melaksanakan perintah Allah SWT seperti dikatakan ayat di atas, maka sebaliknya kehinaan akan diperoleh seseorang jika dia mengetepikan perintah berkenaan.

Dalam realiti kehidupan negara, kemuliaan warga negara dapat diperoleh jika dia melaksanakan semua peraturan negara dengan baik. Bagi pemimpin pula, kemuliaan kepemimpinannya akan semakin terserlah dengan lapan perkara.

Abu Ja’far bin Babawaih al-Sijistani berkata: “Seorang raja pernah menulis surat kepada raja negeri lain. “Bagaimana engkau mengatur kerajaanmu dan memerintah rakyatmu? Raja negeri itu menjawab: “Dengan lapan cara; tidak bergurau ketika memerintah dan melarang; tidak melanggar satu pun janji dan ancaman; menghukum berdasarkan kesalahan bukan berdasarkan kedengkian; mengangkat pegawai berdasarkan kecekapan bukan berdasarkan keinginan; memujuk hati rakyat dan tidak memaksa; mempermudah pemberian kebenaran bukan kerana kelemahan; menyediakan bahan makanan dengan merata dan menghindari perkara yang berlebihan.”

Kemuliaan itu bukanlah diukur dengan kegagahan dan penampilan. Hidup kekurangan bukanlah bukti bahawa dia hidup sengsara. Demikian pula kebahagiaan, tidak dinilai daripada banyaknya harta dan hidup dalam kemewahan.

Nilai manusia yang mulia sebenarnya diukur daripada kemurahan hati dan sifat terpuji, bukan baju yang dipakainya, kasut yang digunakannya, bukan istananya dan bukan pula rumahnya. Justeru, yang menjadi ukuran ialah nilai ilmu, dermawan, kesabaran dan akalnya yang dirangkumkan dalam istilah takwa. “Sesungguhnya, orang yang paling mulia di antara kalian adalah orang yang paling bertakwa,” maksud firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 13.

Syaitan sebagai musuh yang wajib kita lawan menyuruh berbuat jahat dengan tidak mengendahkan ajaran Allah. Dengan mengikuti jejaknya itu kita akan tersesat dan hina. Oleh itu supaya kita tidak tersesat dan menjadi mulia, kita wajib melawannya dengan tidak membalasnya melakukan perbuatan dosa tetapi dengan melakukan perbuatan baik. Di situlah kemuliaan manusia terserlah dan pada Syaaban dan berikutnya Ramadan adalah masa sesuai untuk bertindak menuju kepada kemuliaan. Allahumma barik lana fi Sya’ban wa ballighna Ramadan.

Sumber :// http: www.bharian.com/

LIDAH SANG PENDUSTA



Katamu, setelah merdeka
telah termaktub di perlembagaan
bahasa ibundaku yang satu itu
berdiri gagah penuh daya
menggerak sebuah negara bangsa
menuju keabadian cita
disanjung, dimuliakan selayaknya
mengemudi sebuah negara.

Hari ini, bahasa Melayu itu
tidak ubah nasibnya
bagai tikar mengkuang bonda
telah hilang serinya, robek di tangan sendiri
dipijak, dihenyak sesuka hati
lidah yang tidak punya jati diri.

Engkau telah berdusta
tidak mempertahankan kemuliaannya
tidak peduli amanat bangsa
membiarkan bahasamu dibunuh
oleh lidahmu sendiri, tanpa sedikit
rasa berdosa mengkhianati
demi globalisasi dan cita-citamu sendiri.

KAMAL SUJAK
Cyberjaya, Selangor

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

Khamis, 6 Ogos 2009

Warisan Islam Asia Tengah

Oleh Wan Jailani Razak
wanjai@bharian.com.my

SEBUAH institut Islam di Tashkent mengabadikan kemasyhuran nama Imam Al-Bukhari.
Tashkent, Ashgabat yang pernah musnah akibat bencana gempa bumi gigih bina semula tamadun

KETIKA berada di tengah kesibukan Chorsu Bazaar di Tashkent, ibu negara Uzbekistan, tiba-tiba seorang lelaki berumur lebih setengah abad menyapa penulis dan bertanya: "Malaysia?"

Penulis mengangguk tanda 'ya' tetapi sedikit hairan kerana bagaimana tekaannya tepat sedangkan rakyat negara itu sudah lama di bawah cengkaman Soviet Union yang membataskan hubungan dengan negara luar.

Lelaki itu terus mendekati dan memberi salam dengan menyebut 'Assalamualaikum'. Penulis segera membalas salamnya, membuatkan dia dilihat semakin berminat untuk meneruskan perbualan.

Dia kemudian mengucapkan dua kalimah syahadah sambil penulis menyebut sama apa yang diucapkannya, diikuti beberapa surah pendek yang dimulakannya dan membiarkan bacaannya disudahkan penulis.

"Amin, Alhamdulillah," kata lelaki berjanggut putih dan berjaket kulit hitam itu sambil bersalaman dengan penulis sebelum beredar dan hilang di celah kesibukan pengunjung bazar berkenaan.

Episod ringkas pertemuan dengan lelaki itu adalah antara pengalaman menarik sepanjang mengikuti lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Tashkent, Uzbekistan dan Ashgabat, Turkmenistan dari 15 hingga 22 November lalu.

Uzbekistan dan Turkmenistan, dua negara Islam di Asia Tengah ini memiliki akhiran sebutan yang sama tetapi agak berbeza dari segi keterbukaannya terhadap dunia luar.

Bagaimanapun, kehadiran syarikat petroleum Malaysia, Petronas yang meneroka kegiatan cari gali minyak dan gas di kedua-dua negara, banyak mengubah corak pembangunan di Tashkent dan Ashgabat, hasil kekayaan daripada sumber minyak.

Bercerita mengenai Chorsu Bazaar, ia menjadi tumpuan warga Tashkent untuk membeli-belah kerana ia adalah satu tempat perniagaan terbuka yang luas bagi jualan makanan, kasut, permaidani, produk kraftangan tempatan dan pakaian termasuk topi berbulu yang terkenal di kalangan warga Uzbek dinamakan 'telpak'.

aDi Tashkent, penulis juga mengambil kesempatan masa sesingkat empat jam yang terluang untuk melawat Kompleks Hazrati Imam yang dikatakan menempatkan naskhah al-Quran tertua.

Kompleks seni bina itu yang menjadi pusat pendidikan saintifik utama bagi mengkaji Islam dan falsafah kemanusiaan itu mengekalkan makam, dua masjid dan dua madrasah.

Mengambil kira fungsinya yang penting, kompleks itu dibina semula secara besar-besaran pada November 2006 dan siap hanya dalam masa empat bulan.

Reka bentuk baru yang unik bagi masjid Hazrati Iman, madrasah Baroqkhon dan pembinaan bangunan baru Jabatan Isu Agama Uzbekistan, menakjubkan.

Siapa sangka pada kurun ke-20, bandar raya ini mengalami gempa bumi yang dahsyat pada 1966. Sebuah tugu dinamakan 'Courage', yang dibina di tengah lokasi berlakunya gempa bumi, mengembalikan ingatan penduduk kepada bencana alam itu yang memusnahkan warisan berharga Tashkent.

Apa yang tinggal ketika itu hanya satu kawasan penempatan lama. Semua musnah sama sekali tetapi pemerintah segera membina semula bandar itu bagi memberi nafas baru kepada penduduk untuk hidup lebih selesa.

Lawatan ke Ashgabat pula banyak mengajar penulis mengenai sikap kerahsiaan. Apa tidaknya, pergerakan petugas media yang membuat liputan Perdana Menteri ke situ seolah-olah sengaja dibataskan.

Bayangkan anda tidak dibenarkan sewenang-wenangnya merakamkan gambar di bandar raya itu, apatah lagi menghalakan lensa kamera ke arah tentera mereka yang berkawal.

Apa pun, Ashgabat yang disebut Asgabat oleh penduduk Turkmenistan atau sebelum ini dikenali dengan nama Ashkhabad atau Poltoratsk adalah ibu negara dan bandar raya terbesar di Turkmenistan.

Sejak zaman Revolusi Russia sehingga 1927, bandar raya itu dinamakan sebagai Poltoratsk sebelum nama Ashgabat dikembalikan pada 1927 apabila Parti Komunis menguasai Turkmenistan.

Ashgabat adalah sebuah bandar raya yang dianggap baru hendak membangun, membesar daripada sebuah perkampungan dengan nama sama wujud pada 1818.

Bandar raya itu terus menyaksikan pembangunan pesat walaupun musnah teruk akibat gempa bumi dahsyat pada 6 Oktober 1948. Dengan ukuran gempa 7.3 pada skala Richter, ia dipercayai membunuh antara 110,000 hingga 176,000 orang iaitu dua pertiga daripada jumlah penduduknya walaupun Soviet Union mengumumkan hanya 14,000 terkorban.

Tidak hairanlah negara itu kini mula membina semula warisan ketamadunannya apabila banyak bangunan baru rancak dibina di satu pinggir Ashgabat, umpama Putrajaya di Malaysia.

Bagaimana ke Tashkent?
• Anda boleh menaiki penerbangan terus penerbangan terus Kuala Lumpur-Tashkent oleh Uzbekistan Airways yang diadakan dua kali seminggu.

Bagaimana ke Ashgabat?
• Anda boleh menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Ashgabat tetapi perlu melakukan beberapa transit sama ada menerusi Dubai, Istanbul atau Moscow.

Fakta

Uzbekistan
• Ibu negara - Tashkent.
• Mencapai kemerdekaan pada 1991.
• Berkeluasan 448,900 km persegi.
• Ia memanjang sejauh 1,425 km dari Barat ke Timur dan 930 km dari Utara ke Selatan.
• Negara ke-56 terbesar dunia selepas Sweden.
• Negara terbesar di Asia Tengah.
• Berkongsi sempadan dengan empat negara lain iaitu Afghanistan, Iran dan Kazakhstan.
• Panjang keseluruhan sempadan ialah 6,221km.
• Mengikut rekod purba, Tashkent dikenali dengan pelbagai nama seperti Yuni, Chach dan Shash.
• Tashkent menjadi pilihan ramai kerana ia terselamat daripada pelbagai dugaan seperti peperangan, bencana alam dan penjajahan.
• Lokasi geografi menguntungkan dan iklim yang baik menjadikan Tashkent sebagai satu pusat pertemuan utama laluan yang dinamakan 'Great Silk Road'.
• Pada pertengahan kurun ke-19, Tashkent hanya dihuni tidak sampai 100,000 penduduk tetapi menjelang abad ke-21, populasi penduduknya bertambah sehingga lebih 2.5 juta orang.
• Tashkent kaya dengan monumen arkeologi.
• Sepuluh tahun lalu, Tashkent hanya memiliki 39 monumen arkeologi tetapi ketika ini ia meningkat kepada 240 buah
• Samarkand menyimpan banyak peninggalan sejarah keagungan Islam antara 1,200 tahun dan 1,300 tahun lalu.
• Antaranya keagungan sejarah Islam di Uzbekistan ialah makam Imam al-Bukhari, seni bina dan reka bentuk bangunan yang unik, selain tokoh terkenal pada zaman lampau, termasuk Ibnu Sina, At-Tarmizi dan Imam al-Bukhari

Turkmenistan
• Ibu negara - Ashgabat
• Didiami penduduk asal Turkmenistan dengan etnik Russia, Armenia dan Azerbaijan sebagai golongan minoriti.
• Hanya berada 250 km dari Mashhad iaitu bandar kedua terbesar di Iran.
• Letaknya di antara padang pasir Kara Kum dan banjaran pergunungan Kopet Dag.
• Sebelum 1991, bandar raya itu dieja Ashkhabad dalam bahasa Inggeris, perkataan yang diterjemah daripada bahasa Russia. Ia juga dieja Ashkhabat dan Ashgabad.
• Nama itu dipercayai diambil daripada bahasa Parsi iaitu Ashk-abad yang bermakna `bandar raya Arsaces'.
• Satu lagi versi mengatakan nama itu diambil daripada bahasa Arab iaitu perkataan 'eshg' yang bermakna cinta dan abad, bermakna `tempat yang bertamadun' atau bandar raya yang mana jika diterjemah menjadi 'bandar raya cinta'.
• Negara ke-52 terbesar dunia, yang kecil sedikit berbanding Sepanyol tetapi lebih besar dari California.

PROSES PERBANDARAN DALAM KERAJAAN ROM


Perkataan civilization berasal daripada perkataan Rom, civitas bermaksud bandar,iaitu elemen penting dalam perkembangan tamadun manusia. Definisi bandar meliputi semua elemen semulajadi, sosial dan buatan manusia yang berkelompok dalam kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk.

Aktiviti utama penduduk bandar ialah perdagangan. Bandar juga sebagai tempat perlindungan rakyat dan pusat pentadbiran dan ibu kota diraja.Proses perbandaran pulaialah proses migrasi penduduk yang membawa kepada perkembangan bandar dari segi pertambahan penduduk dan kemasan ruang.

Faktor faktor yang mempengaruhi kemunculan bandar

Faktor ekologi yang sesuai amat penting untuk membolehkan penghasilan bahan makanan yang cukup.kemajuan dalam bidang teknologi penting dalam meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.pertambahan penduduk yang membawa kepada kemunculan organisasi sosial yang kompleks.

Ciri-ciri bandar Kerajaan Rom

Bandar bandar yang wujud dalam empayar Rom dilengkapi dengan pelbagai bentuk
kemudahan untuk memenuhi sifat praktikal masyarakat Rom tersebut. Bagunan-bangunan dibina daripada bahan-bahan yang tidak mudah terbakar, disepenjang jalan yang lebar. Pentadbiran Majlis Perbandaran menjadi badan pentadbir yang bebas daripada campur tangan kerajaan pusat.

Kemudahan yang disediakan seperti rumah berhala, teater, sarkas, forum, kawasan pemendian dan istana

Kemudahan jalan lebar, lurus dan berturap. Terdapat lebih kurang 20 batang jalan besar menyambungkan seluruh empayar dengan Rom untuk semua aktiviti kehidupan. Jalan-jalan dibina dengan menggunakan satu peralatan “groma” untuk membuat satu garis lurus. Longkang juga dibuat bagi mengelakkan takungan air di atas jalan raya. Jambatan juga dibina untuk menyambung sesuatu jalan.

Kemudahan sistem bekalan air juga menjadi satu ciri penting kerajaan Rom. Bandar-bandar ini dilengkapi dengan saluran najis yang baik contohnya saluran najis terbesar di Rom disambungkan ke Sungai Tiber.Bekalan air datang dari saluran bawah tanah. Terdapat 2 “aqueduets”sebagai punca bekalan air.

Bandar-bandar dalam Empayar Rom juga mempunyai dewan awam yang digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pejabat, mahkamah, perpustakaan dll.Semua bandar menyediakan tempat mandi, panggung dan amphitheatre sebagai gelanggang pertandingan ‘gladiator’. Contoh bandar terkenal ialah bandar Pompei. Penduduk bandar ini berjumlah 201 000 orang. House of Sallust merupakan bentuk rumah yang dibina daripada batu kapur. Terdapat tempat mandi atau “Public Bath” di Pompei.

Jelas disini,perkembangan bandar merupakan satu elemen penting perkembangan sesuatu tamadun. Bandar Rom telah menjadi pengukur kepada perkembangan bandar dalam tamadun awal, indah hingga ke hari ini.

Sumber: Sukonseseispm

Asas-Asas Pengubalan Dasar Luar Negara


1. FAKTOR SEJARAH

Zaman KMM – hubungan perdagangan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu
Kini Malaysia mengadakan hubungan dengan negara serumpun – Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia
Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel seperti Australia dan New Zealand(selepas merdeka)
Pada masa Malaysia diancam oleh fahaman komunis(PKM) yang menggugat keselamatan negara mendorong malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis
Malaysia juga perlu bergantung kepada negara Barat kerana belum mampu dari segi pertahanan.

2. FAKTOR EKONOMI

Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas
Kita perlu berbaik-baik dengan negara-negara lain untuk memajukan ekonomi
Zaman penjajah – pengeluar getah dan bijih timah- hubungan dengan Britain dan Amerika Syarikat
Setelah merdeka – Malaysia masih memerlukan pasaran dan modal dari negara-negara tersebut
Langkah-langkah tertentu diambil bagi menggalakkan pelaburan asing
Ini akan dapat meningkatkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan
Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari negara-negara Timur (Jepun dan Korea)
Pada masa yang sama Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara-negara sedang membangun dan negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia dan mengadakan pelaburan di negara tersebut

3. FAKTOR POLITIK

Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat
Dasar luar negara – menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain
Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat
Berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia
Malaysia tegas dengan pendirian menyokong semua resolusi yang diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia

4. FAKTOR GEOGRAFI

Malaysia – kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan negara spt Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei
Perairan Malaysia menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia.
Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara

5. FAKTOR DEMOGRAFI


Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam (majoriti penduduk beragama Islam)
Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel kerana dasar pencerobohan dan penindasan peribumi Palestin
Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehingga undang-undang aparteid dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan
Faktor kepelbagaian kaum di negara kita amat mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.

Sumber:Sukosenseispm

Selasa, 4 Ogos 2009

Perspektif Ikim: Generasi muda Muslim mesti timba ilmu, beriman untuk berjaya

Oleh Mastura Mohd Zain
SETIAP tahun ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Kolej Matrikulasi mengikuti pelbagai program pengajian pada peringkat diploma dan ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara ini.

Namun di sebalik kejayaan anak-anak ini, pelbagai cerita tidak enak didengar. Ada mahasiswa ponteng kuliah, tidak menghormati pensyarah, merokok, dadah, suka berfoya-foya. Ada mahasiswi hanya bertudung ketika di kampus tetapi tidak di luar. Kebanyakan mereka yang bermasalah ini adalah Melayu Islam.

Ada yang sudah tidak mendengar nasihat ibu bapa, menganggap diri sudah besar dan angkuh dengan status sebagai mahasiswa. Mempunyai sikap keras kepala, tidak menghormati orang tua, dan sudah pandai menipu keluarga bila ditanya mengenai kehidupan di kampus. Malah ada yang terjebak dengan jenayah. Mengapa perkara ini berlaku?

Jika ditinjau bangsa lain seperti pelajar Cina dan India yang berada di IPT, mereka amat menghargai serta tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi. Mereka tekun belajar, menumpukan sepenuh perhatian, tidak suka membuang masa, menubuhkan kumpulan belajar masing-masing, rajin bertanya pensyarah dan rajin mencari rujukan tambahan berbanding pelajar Melayu.

Hari ini kita lihat ramai orang Islam yang mengamalkan agama Islam hanya setakat bersembahyang, puasa, haji dan sebagainya. Agama hanya dilihat sebagai perbuatan yang perlu dilakukan sedangkan agama Islam adalah suatu cara hidup yang perlu diterapkan dalam kehidupan. Mungkin sebab itu kita lihat mahasiswa kurang agamanya dari segi sikap dan tingkah laku.

Ibu bapa dan pendidik juga perlu bekerjasama bagi memastikan banyak bahan bacaan berunsur agama dekat dengan remaja. Anak muda lebih gemar membaca majalah hiburan, berita sensasi artis, serta bahan bacaan ringan yang tidak memerlukan berfikir. Remaja Islam perlu didedahkan dengan watak Salahuddin al-Ayubi, Abdul Rahman bin Auf, contohnya.
Umat Islam juga kurang berfikir. Mereka hanya menerima ilmu namun kurang berfikir, mentafsir serta memahami apa yang dibaca. Akibatnya timbul ‘budaya kakak tua‘ yang hanya meluahkan saja apa yang dipelajari tanpa mengemukakan pendapat sendiri. Budaya ini amat ketara di IPT. Kebanyakan mereka ini amat suka pensyarah yang menyuapkan segala maklumat kerana mereka tidak perlu bersusah-payah mencari bahan.

Apabila kurang berfikir maka mereka mudah terikut-ikut. Ini mungkin kerana didikan ketika kecil, kita selalu dilarang oleh orang tua-tua untuk banyak bertanya sedangkan pakar kanak-kanak mengatakan anak sepatutnya digalakkan bertanya. Soalan yang ditimbulkan anak menunjukkan mereka sedang berfikir dan ia suatu proses yang positif.

Sebagai orang Islam kita digalakkan bukan hanya membaca al-Quran tetapi memahami isi kandungannya. Apabila faham maksud ayat barulah boleh berfikir dan menterjemahkannya dalam kehidupan. Tetapi masyarakat membaca al-Quran hanya untuk khatam dan mengadakan majlis besar-besaran; ataupun untuk mendengar suara paling merdu apabila membaca al-Quran.

Cabaran dari luar terhadap remaja juga tidak kurang hebatnya. Mereka ‘diserang’ dari semua arah, media elektronik dan cetak. Anak terdedah dengan pelbagai budaya di luar batasan agama umpamanya televisyen memaparkan wanita tidak bertudung dengan fesyen pakaian mengghairahkan serta adegan bergaduh dan hasad dengki.
Paling malang semua pelakon adalah orang Melayu Islam. Jadi bagaimana kita hendak mengharapkan remaja menyemai fikrah Islam sebenar?

Ramai mahasiswa hari ini lebih bertumpu kepada soal mendapatkan pekerjaan yang baik selepas tamat belajar. Mereka lebih memikirkan hal pangkat, jawatan dan tangga gaji. Tidak guna segulung ijazah jika sikap dan perangai tidak mempamerkan nilai murni seorang Islam.

Penulis adalah Pegawai Penyelidik, Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM).

6 perkara yg Allah sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan t ida k ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zam an nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu t ida k akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Sumber: AZLINA

Pencarian Hidup

Pernah mencari cinta?
Seperti plato mencari cinta, dia bertanya pada gurunya,
"Bagaimana saya menemukan cinta?"
dijawab oleh gurunya,
"Ada ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh berundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta."
Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun. Gurunya bertanya,
"Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?"
Plato menjawab,
"Aku hanya boleh membawa satu saja, dan saat berjalan tidak boleh berundur kembali (berpatah balik). Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi tak kuambil ranting tersebut. Saat kumeneruskan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawa ranting-ranting yang kutemukan kemudian tak sebagus ranting yang tadi, jadi tak kuambil sebatangpun pada akhirnya."
Gurunya kemudian menjawab,
"Jadi ya itulah cinta" Atau mungkin seperti Arjuna yang mencari cinta? mendaki gunung tertinggi, menjelajahi isi bumi, mengarungi laut samudra. Atau seperti Ibrahim A.S yang mencari cinta? ketika malam datang terlihat bintang, "inikah yang aku cari?" Tapi ketika pagi tiba bintangpun menghilang "aku tak menyukai yang tenggelam". Begitu pun ketika melihat rembulan, melihat matahari yang lebih besar sinarnya, hingga akhirnya beliau menemukan cintanya...
Yang menciptakan bintang, rembulan, matahari dan semuanya. Bagaimana? Sudah menemukan cinta? Mudah-mudahan kita sudah menemukan sumber cinta dari segala cinta (Allah SWT), seperti nabi Allah Ibrahim A.S. kerana insyaAllah dengan begitu kita akan menemukan cinta-cinta yang lain.
Cinta kepada Rasulullah SAW yang sangat mencintaimu, kemudian cinta kepada Ibumu dan ayahmu yang dengan cinta membesarkanmu, cinta kepada suami/isterimu yang mendampingimu, kepada keluargamu, kepada tetanggamu, orang-orang yang lemah di antaramu, kerabatmu, dan seluruh mahluk-Nya....

www.iLuvislam.com
oleh:adibah_slumber
editor:everjihad